Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ramai terkesan pemergian sasterawan perintis Suratman Markasan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai terkesan pemergian sasterawan perintis Suratman Markasan

Feb 27, 2024 | 08:42 AM



Sasterawan perintis dan penerima Pingat Budaya 2010, Suratman Markasan, meninggal dunia pada 2 pagi 27 Februari.

Allahyarham Suratman, 93 tahun, merupakan sasterawan yang disegani dan juga penerima Anugerah Tun Sri Lanang (1999), Anugerah Sastera Nusantara (1999), Anugerah Abdullah Munsyi (2010), Anugerah Pingat Budaya (2010), Anugerah Tokoh Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (2014) dan banyak lagi.

Allahyarham dilahirkan di Singapura pada 29 Disember 1930 dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kebangsaan pada 1940-an.

Sejurus tamat sekolah menengah, beliau berkhidmat sebagai guru pelatih di Sekolah Melayu Pasir Panjang sebelum menyambung pengajiannya pada 1950 di Sekolah Latihan Sultan Idris di Perak untuk mendapatkan sijil mengajar.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah bahasa dan sastera Melayu di Institut Pendidikan Nasional sehingga bersara pada 1995.

Pemergian Allahyarham amat dirasakan pemimpin masyarakat dan para karyawan setempat yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh sasterawan itu.

Antara yang hadir termasuk Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) dan Editor Berita Harian/Minggu (BH/BM), Encik Zainul Abidin Rasheed; dan mantan Setiausaha Parlimen Kanan yang juga mantan Editor BH/BM, Encik Yatiman Yusof.


Dr Faishal berkongsi bahawa beliau teruja berkesempatan bekerjasama dengan Allahyarham semasa beliau menjadi Pengerusi di Majlis Bahasa Melayu hingga ke akhir penggal pada 2023.

“Allahyarham sering memberi saya idea-idea bernas, tetapi tetap menghormati saya sebagai pelapis. Saya dapat bekerjasama dengannya dalam membangunkan wadah-wadah pada bahasa budaya dan kesusasteraan kita.

“Saya sedih atas pemergiannya dan berharap kita dapat meneruskan kerja-kerja baiknya. Allahyarham bersemangat kental dan sentiasa meningkatkan kerelevanannya, menerima idea dan trend masa kini,” ujar Dr Faishal.

Encik Yatiman pula berkata: “Allahyarham merupakan seorang yang cukup bersemangat dalam memperjuangkan banyak perkara yang menyentuh masyarakat Melayu.”

Jenazahnya bertolak pada 10.15 pagi 27 Februari dari kediamannya di Choa Chu Kang. Beliau meninggalkan isterinya, Cik Halimah Madon, dan empat anak, termasuk tiga anak daripada perkahwinan awal bersama Allahyarhamha Cikgu Saerah Taris.

Antara anaknya yang mengikut jejak langkahnya dan bergiat dalam bidang sastera dan kesenian ialah Dr Suriani Suratman, 59 tahun, pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau juga aktif menceburi bidang seni tembikar dan pernah belajar di bawah bimbingan pakar tembikar, Dr Iskandar Jalil.

Encik Zainul menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan berhati mulia yang sukar dicari ganti.

“Jiwa dan hatinya untuk masyarakat, untuk para pelajarnya... cukup memberangsangkan. Saya masih ingat beliau cukup memberi perhatian terhadap kepentingan masyarakat dalam konteks Singapura yang berbilang bangsa dan agama.

“Jiwanya, ilmunya dan peranan yang dimainkan dalam pergolakan dan perkembangan masyarakat membawa ke zaman sekarang. Banyak sumbangannya, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, insya-Allah,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >