Apabila diberi amanah mengkaji dan menggali lebih dalam lagi pelbagai versi cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah, penulis naskhah pentas dari seberang Tambak, Ridhwan Saidi, teruja tetapi akur dengan pelbagai cabaran memilih versi yang dirasakan dapat menarik perhatian ramai.
Jika kebiasaannya wujud watak baik yang terlalu baik serta watak jahat yang terlalu jahat dalam kebanyakan kisah rakyat, Ridhwan dan pengarah pementasan Bawang Putih Bawang Merah, Fared Jainal, perlu pastikan apa yang dipaparkan sejajar dengan kehidupan nyata iaitu tidak semua yang nampak baik terlepas daripada kejahatan.