Berikan apa jua watak kepada pelakon Malaysia, Nabila Huda Suhaimi, 39 tahun dan pastinya beliau dapat menyampaikannya dengan penuh semangat kerana dunia lakonan itu sudah sebati dengan dirinya.
Kini, Nabila terpaksa keluar daripada zon selesanya dengan menyahut cabaran bernyanyi secara langsung dalam pementasan Bawang Putih Bawang Merah yang bakal berlangsung antara 10 hingga 12 Mei sempena Pesta Raya, anjuran Esplanade.