Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pemain dram remaja teruja kongsi pentas dengan Search

Jul 21, 2023 | 01:06 PM



Semalaman, nama pemain dram remaja, Naimi Daini, disebut-sebut ramai selepas diperkenal sebagai pemain dram baru kumpulan legenda Search.

Naimi, 17 tahun, muncul dalam persembahan pertamanya bersama Search di konsert NusaFest baru-baru ini.


Beliau langsung tidak sangka kemunculan pertamanya sebagai pemain dram undangan mendapat perhatian dan meraih respons positif daripada peminat Search.

“Alhamdulillah ramai yang beri maklum balas positif walaupun saya sekadar pemain dram undangan dengan Search pada konsert itu. Memang gembira dapat bermain dram untuk Search selain terharu kerana Uncle Amy memuji dan melihat saya mempunyai persamaan dengan pemain dram terdahulu iaitu Allahyarham Yazit,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar Konsert Hausboom Music 2023 pada Selasa lalu.


Berkongsi rutin hariannya, Naimi memberitahu beliau akan menyertai sesi latihan bersama Search pada waktu petang selepas pulang dari sekolah. Beliau bagaimanapun menegaskan pelajaran tetap menjadi keutamaan dan akan menyambung pelajaran dalam jurusan muzik selepas tamat persekolahan.

“Selepas pulang dari sekolah, saya akan berehat selama satu jam sebelum sertai sesi latihan Search dan kemudian pulang ke rumah dan siapkan kerja sekolah.

“Insya-Allah saya akan sambung pengajian dalam jurusan muzik dan jadikan bidang ini sebagai kerjaya kelak,” katanya lagi.

Mengenai bagaimana bakatnya ditemui oleh Search, beliau memberitahu semuanya berlaku selepas gitaris kumpulan itu iaitu Hillary Ang menonton videonya bermain dram yang dimuat naik di YouTube.

Hillary menonton video saya di YouTube dan terus mencari serta menghubungi saya untuk bertanya sama ada berminat bermain dram bersama Search.

“Apabila sudah bersetuju, saya diberikan dua lagu Search iaitu Diari Habil & Qabil dan Pelesit Kota untuk dipelajari sebagai uji bakat. Saya tak pernah pun dengar lagu-lagu Search sebelum itu, tapi saya memang minat bermain dram. Syukur Search menyukai dan memberi respons positif,” ujarnya.


Pada Konsert Hausboom Music 2023 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 9 dan 10 September nanti, Naimi sekali lagi bakal membuat persembahan bersama Search yang dianggotai Datuk Amy, Nasir Daud selaku pemain gitar bes, Hillary (gitar) dan Man Kidal (gitar).


Kemunculan Naimi juga bagi mengisi kekosongan kedudukan pemain dram selepas Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia pada 26 September 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >