Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Amy Search, Awie tamat perang dingin selepas 4 tahun

Jul 11, 2023 | 04:00 PM



KUALA LUMPUR: Hubungan dingin antara Datuk Awie dengan bintang rok legenda, Datuk Amy Search selama empat tahun kembali pulih dalam satu pertemuan, baru-baru ini.


Mengesahkan perkara itu, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata selain tidak mahu lagi bermusuhan dengan sesiapa, hatinya terbuka untuk berdamai selepas bertemu dengan dua orang anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15 tahun, dan Puteri Qasseh Antasha, 13 tahun, yang terpisah selama lapan tahun.

“Hubungan kami mula dingin selepas Allahyarham Yazit meninggal dunia pada 2019. Alhamdulillah, kami sudah rujuk (berdamai).

“Saya rasa bulan ini sangat mulia dan bulan untuk memaafkan.

“Ada seseorang diutuskan untuk bertemu saya bagi membincangkan mengenai pertemuan ini. Bagaimanapun saya ambil masa berminggu-minggu untuk memikirkan perkara itu.

“Maklum sajalah, semua orang ada ego masing-masing. Selepas lama berfikir, saya tak nak berlaku biadap pada orang yang lebih dewasa daripada saya.

“Dan juga rasa sayang saya kepadanya sebagai seorang abang dan menganggapnya sebagai pelopor rok dan nombor satu dalam Malaysia ini.

“Sebagai orang yang lebih muda daripada Amy, saya akhirnya akur dan pergi berjumpa dengannya.

“Kami bermaafan dan berpelukan sebagai adik, sahabat dan rakan seperjuangan dalam industri ini.

“Pertemuan dengan dua anak saya, dan juga hubungan yang kembali jernih dengan bekas isteri turut membuka hati untuk saya berdamai dan memaafkan semua orang yang pernah bermusuhan dengan saya,” katanya pada sidang media selepas menjayakan persembahan di acara festival muzik, Nusa Fest yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, pada Ahad.

Tambah vokalis kumpulan Wings itu, keputusannya untuk menamatkan konflik tersebut juga didorong oleh faktor usia.

“Kita pun makin hari makin tua. Kubur pun memanggil-manggil. Cukuplah.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang yang mengaturkan pertemuan ini dan menyatukan kami semula.

“Saya bersyukur dan menyifatkan usaha ini sebagai sebab kami berbaik dan pahalanya sangat besar,” luah penyanyi lagu Sejati itu.


Konflik membabitkan dua penyanyi ini timbul selepas Amy mengakui terluka dengan komen Awie yang mendakwanya mengabaikan arwah Yazit ketika sakit.

Kata Amy, tuduhan yang dilempar Awie tidak berasas dan hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak sahaja.

Terdahulu, detik pertemuannya dengan Amy itu turut diabadikan Awie menerusi hantaran di Instagram (IG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >