Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nahas di Tanjong Pagar: Siasatan koroner dapati kereta dipandu sehingga 148kmj

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



SIASATAN koroner terhadap kematian lima lelaki dalam kemalangan melibatkan kereta BMW yang terbakar di Tanjong Pagar tahun lalu didapati telah dipandu selaju 148 kilometer sejam (kmj) sebelum nahas berlaku.



Had laju sepanjang jalan Tanjong Pagar Road adalah 50kmj, kata Staf Sarjan Kanan Muhammad Firdaus Suleiman semasa memberi keterangan kepada Koroner Negara, Encik Adam Nakhoda, semalam.



Penyiasat Polis Trafik itu menambah bahawa empat orang telah bergilir memandu kereta BMW M4 berwarna putih itu pada 13 Februari 2021.



Kereta itu dipandu Encik Jonathan Long Junwei, 29 tahun, ketika ia merempuh sebuah rumah kedai. Beliau pemilik kereta tersebut.



Tiga pemandu lain ialah Encik Eugene Yap Zheng Min, Encik Park Se Jin dan Cik Phoo Yi Lin.



Staf Sarjan Firdaus berkata satu autopsi menunjukkan bahawa Encik Long mempunyai bacaan alkohol dalam darah sebanyak 86 miligram (mg) bagi setiap 100 mililiter (ml) darah.



Ini melebihi had di sisi undang-undang, iaitu 80mg bagi setiap 100ml darah.



Encik Long memandu kereta itu pada sekitar 5.40 pagi apabila ia merempuh sebuah rumah kedai sebelum kenderaan tersebut terbakar.



Encik Long dan empat penumpangnya - Encik Teo Qi Xiang, 26 tahun; Encik Elvin Tan Yong Hao, 28 tahun; Encik Yap, 29 tahun; dan Encik Gary Wong Hong Chieh, 29 tahun - terbunuh dalam kejadian.



Staf Sarjan Firdaus memberitahu mahkamah bahawa sebelum tragedi itu, Encik Long dan rakan-rakannya menghadiri satu perhimpunan Tahun Baru Cina di mana mereka mengambil minuman beralkohol.



Mereka kemudian ke restoran Hong Jja Jang di Tanjong Pagar Road, di mana mereka juga minum arak. Kedai makanan itu dikendalikan Encik Park.



Encik Yap, yang kemudian didapati mempunyai 119mg alkohol bagi setiap 100ml darah dalam tubuhnya, adalah yang pertama untuk memandu kereta itu pada pagi tersebut.



Beliau memandu dari restoran Tanjong Pagar berkenaan menuju ke Keppel, dan membuat pusingan balik di Enggor Street.



Selepas itu, beliau memandu sepanjang Tanjong Pagar Road menuju ke Maxwell Road sebelum berhenti dekat restoran itu, di mana Cik Phoo kemudian mengambil alih.



Mahkamah diberitahu bahawa Encik Yap memandu kereta pada kelajuan antara 75kmj dan 88kmj.



Cik Phoo mengikut laluan sama dan memandu pada kelajuan sehingga 59kmj sebelum diambil alih oleh Encik Park .



Staf Sarjan Firdaus berkata beliau juga mengikut laluan sama, dan memandu pada kelajuan antara 109kmj dan 130kmj.



Encik Long adalah pemandu keempat dan empat rakannya - Encik Teo, Encik Tan, Encik Yap dan Encik Wong - menaiki kereta beliau.



Mahkamah diberitahu bahawa kelima-lima lelaki itu berbuat demikian walaupun kereta tersebut mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan tiga penumpang sahaja.



Encik Long sedang memandu di sepanjang Tanjong Pagar Road apabila kereta itu naik ke atas bebendul jalan, mengakibatkan kemalangan maut itu.



Tunangnya, bekas pramugari, Cik Raybe Oh Siew Huey, 26 tahun, bergegas ke tempat kejadian untuk cuba menyelamatkan penumpang tetapi melecur teruk dalam kejadian tersebut.



Beliau menghabiskan empat bulan di Hospital Besar Singapura (SGH) dan memerlukan beberapa pembedahan pembentukan semula untuk membantu beliau pulih daripada kecederaannya.



Mahkamah penuh dihadiri peguam dan rakan mendiang semalam. Saudara-mara tiga daripada lelaki yang maut itu turut hadir.



Mereka dipanggil oleh Koroner Negara yang mengucapkan takziah sambil berkata ahli keluarga dibenarkan mengemukakan soalan semasa siasatan.



Empat daripada penumpang kereta itu bekerja sebagai penasihat kewangan di Aviva Financial Advisers. Encik Wong merupakan bekas wakil di syarikat itu.



Siasatan koroner berterusan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >