Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Usia persaraan di S’pura naik kepada 64 tahun mulai 2026

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usia persaraan di S’pura naik kepada 64 tahun mulai 2026

Tan See Leng: Usia pengambilan semula bekerja naik kepada 69 tahun.
Keputusan berdasar persetujuan pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan
Mar 04, 2024 | 07:00 PM



Seseorang pekerja hanya boleh diminta bersara apabila mereka mencapai usia 64 tahun mulai Julai 2026, sedang usia persaraan di Singapura dinaikkan setahun.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan usia persaraan Singapura kepada 65 tahun menjelang 2030.

Usia pengambilan bekerja semula pula dinaikkan selaras kepada 69 tahun berbanding 68 tahun sedia ada.

Syarikat perlu menawarkan kakitangan yang layak, peluang untuk diambil bekerja semula hingga usia tersebut, walaupun di bawah peraturan pekerjaan yang diubah mengikut keperluan atau bantuan pekerjaan.

Menteri Tenaga Kerja, Encik Tan See Leng, mengumumkan tempoh perlaksanaan langkah tersebut pada 4 Mac di Parlimen semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya.

Menurutnya keputusan tersebut diambil berdasarkan persetujuan rakan kongsi tiga pihak merangkumi pemerintah, kesatuan sekerja dan majikan.

Tarikh yang telah ditetapkan bagi penguatkuasaan usia persaraan terkini itu menyahut saranan beberapa pihak yang meminta untuk memberi syarikat dan pekerja masa yang mencukupi untuk membuat persiapan.

Menurut Dr Tan, pasukannya menumpukan kepada tiga teras utama pada 2024 – tingkat kebolehpasaran pekerja setempat, kukuhkan keperluan persaraan bagi individu mudah terjejas serta menggalak tempat kerja yang lebih adil dan terangkum – termasuk dengan melindungi pekerja daripada pemberhentian sebelum usia persaraan yang ditetapkan.

Kali terakhir usia persaraan dinaikkan adalah pada 2022, selepas pemerintah berkata pada 2019 bahawa usia persaraan akan dinaikkan kepada 65 dan usia pengambilan bekerja semula dinaikkan kepada 70 tahun menjelang 2030.

Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang, berkata syarikat perlu membuat perancangan awal.

“Lebih sembilan dalam 10 pekerja berusia yang layak dan ingin terus bekerja telah ditawarkan peluang pengambilan semula bekerja pada 2023. Bagi memastikan kenaikan usia persaraan seterusnya dilaksanakan dengan lancar, saya menggalak majikan untuk merancang awal,” kata Cik Gan.

Beberapa syarikat juga perlu menyesuaikan tenaga kerja dan rancangan mempertingkat kemahiran untuk memastikan pekerja berusia dapat terus berkhidmat, tambahnya.

“Ini sebabnya kami mengambil pendekatan berperingkat dan mengumumkan perubahan ini lebih awal.”

Kadar pengambilan bekerja bagi pekerja berusia 65 hingga 69 tahun meningkat daripada 43.8 peratus pada 2018 kepada 48.3 peratus pada 2023, menurut Cik Gan.

Bagi pekerja berusia 55 hingga 64 tahun pula, kadar tersebut meningkat kepada 70 peratus pada 2023 berbanding 66.8 peratus pada 2018.

“Majikan memainkan peranan penting dalam memberi sokongan yang diperlukan kepada pekerja berusia untuk memastikan mereka dapat kekal bekerja.


“Perniagaan dan tempat kerja yang menyediakan pekerjaan yang lebih mesra pekerja berusia mampu menarik dan mengekalkan pekerja lebih berusia dalam pasaran pekerjaan yang sempit,” tambah Cik Gan.


Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Heng Chee How, mengalu-alukan langkah tersebut sebagai langkah yang baik, sambil menambah bahawa menaikkan usia merupakan “cara paling berkesan” dalam memperkukuh keperluan persaraan pekerja berusia.

Semasa perbahasan Belanjawan sebelum ini, Encik Heng telah menggesa pemerintah untuk mengumumkan kenaikan usia persaraan dan pengambilan semula bekerja “dalam masa terdekat”.

Encik Heng berkata: “Ini akan memberikan masa yang mencukupi kepada kededua majikan dan juga pekerja berusia untuk membuat persiapan yang diperlukan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >