Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Umat Islam banjiri masjid serata S’pura tunai solat tarawih

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Umat Islam banjiri masjid serata S’pura tunai solat tarawih

Mar 11, 2024 | 08:39 PM



Umat Islam di Singapura sudah mula menunaikan solat tarawih berjemaah pada malam 11 Mac bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Di Masjid Alkaff Kampung Melayu di Bedok Reservoir, solat tarawih dipimpin Eksekutif Dakwah, Ustaz Abdul Rahman Salam, bagi 10 rakaat pertama, manakala 10 rakaat tarawih terakhir termasuk solat witir dipimpin pendakwah bebas Ustaz Muhd Ilyas Mohd Asraff.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), jurucakap Masjid Alkaff Kampung Melayu berkata pihak masjid sudah pun membuat persediaan yang secukupnya dan masih meneruskan persiapan terakhir untuk menjemput kehadiran lebih 1,200 jemaah bagi setiap malam sepanjang bulan Ramadan.


Umat Islam di Singapura mula berpuasa pada 12 Mac.

Pada 2024, sebanyak 110,000 ruang telah disediakan di 69 masjid sepanjang bulan Ramadan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat tarawih.

Sekitar 31 masjid yang bergabung dengan kumpulan kariah juga menawarkan kira-kira 12,000 ruang solat tarawih setiap malam sepanjang bulan Ramadan.

Maklumat seperti jadual tarawih, program masjid dan tempahan untuk ibadah korban boleh didapati di portal OurMasjid.SG.


Portal tersebut, yang baru sahaja dipertingkatkan pada 1 Mac, berfungsi sebagai platform sehenti yang menyeluruh dan mesra pengguna bagi masyarakat Islam.


Ia juga berfungsi sebagai platform untuk orang ramai menderma kepada masjid-masjid merata Singapura secara dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >