Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pekerja migran maut lepas jatuh di lubang lif, didapati mabuk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja migran maut lepas jatuh di lubang lif, didapati mabuk

Apr 22, 2024 | 08:15 PM



Seorang pekerja migran yang meninggal dunia pada 18 April 2023, selepas terjatuh dari ketinggian 6 meter di lubang lif pusat beli-belah Ion Orchard didapati mabuk ketika melakukan kerja mengimpal, menurut mahkamah koroner.

Dalam laporannya pada 19 April, koroner Sharmila Sripathy-Shanaz berkata bahawa mendiang Varadharaju Sundarajan, seorang warga India, 39 tahun, mempunyai kadar alkohol tinggi dalam badannya semasa kejadian, yang mungkin menjejas pertimbangannya dan menyebabkan kemalangan tersebut.

Koroner tersebut menambah bahawa pekerja berkenaan telah memanjat rel pengadang, sesuatu yang beliau tidak perlu lakukan, dan gagal memaklumkan penyelia di tapak mengenai pekerjaan yang dilakukannya.

Mahkamah diberitahu bahawa mendiang Varadharaju telah diambil bekerja oleh syarikat Fong Hong Engineering sebagai pekerja binaan sejak 2016, lapor The Straits Times (ST).


Beliau sedang bekerja syif malam pada hari tersebut dan ditugaskan melakukan kerja-kerja struktur logam berkaitan pembinaan lubang lif baru di beberapa unit kedai runcit yang dihuni jenama Christian Dior.

Sekitar 11 malam pada 17 April 2023, mendiang Varadharaju menghadiri satu mesyuarat bersama rakan sekerjanya sebelum melakukan kerja pemotongan.

Beliau diberitahu supaya memaklumkan pengurus tapak selepas tugasannya selesai, supaya seorang lagi pekerja boleh ditugaskan untuk membantu dalam kerja pengimpalan.

Menurut laporan siasatan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), beliau mula membuat kerja mengimpal secara sendirian tanpa memakai abah-abah atau topi keledar keselamatan.

Sekitar 12.35 pagi pada 18 April, beliau terjatuh di lubang lif dari tingkat dua ke tingkat bawah.

Mendiang Varadharaju tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Akibat kemalangan itu, beberapa tulang di bahagian kepalanya patah. Beliau turut mengalami pendarahan otak yang meluas, patah tulang rusuk dan kecederaan pankreas.

Beliau tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia sekitar 6.10 pagi pada hari itu.

Seorang pakar patologi mendapati mendiang Varadharaju, yang dikesan mempunyai 178 miligram (mg) alkohol bagi setiap 100 mililiter (ml) darah, besar kemungkinan mabuk dan pertimbangannya terjejas, gaya berjalan tidak stabil, dan keupayaan bertindak yang berkurang.

Had alkohol yang dibenarkan di sisi undang-undang ialah 80mg alkohol bagi setiap 100ml darah.

Divisyen keselamatan dan kesihatan pekerjaan MOM mendapati bahawa syarikat Fong Hong telah melaksanakan langkah kawalan risiko pada masa itu.

Ini termasuk memasang rel pengadang dengan tanda amaran berdekatan bahagian terbuka pendaratan lif untuk mencegah insiden terjatuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >