Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Madrasah perlukan $3j bina bangunan tambahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

Madrasah perlukan $3j bina bangunan tambahan

Bantuan diharapkan dalam masa setahun
Dec 29, 2023 | 05:30 AM



Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTI) kini sedang giat berusaha menambah dana bagi menjadikan impian membina bangunan tambahan di sebelah bangunan sedia ada satu kenyataan.

Mudirah MWTI, Ustazah Masnia Nassim, berkata jumlah yang diperlukan ialah lebih $3 juta dalam masa setahun ini dan ia boleh dihulurkan dalam bentuk derma, infak, wakaf atau zakat.

Beliau menjelaskan, bangunan tambahan itu diperlukan demi memenuhi keperluan beroperasi satu sesi yang akan dilaksanakan madrasah tersebut mulai 2025.

Buat masa ini, MWTI merupakan satu-satunya madrasah sepenuh masa di Singapura yang masih beroperasi dua sesi demi menampung murid-muridnya dari Darjah 1 hingga 6, Menengah 1 hingga 5 dan kelas prauniversiti.

‘‘Dengan adanya bangunan tambahan ini nanti akan ada bilik-bilik darjah tambahan bagi kelas-kelas ‘pull out’ untuk murid-murid yang memerlukan kelas bimbingan khas, mengadakan kelas-kelas pengayaan dan seterusnya meluaskan lagi kegiatan luar darjah bagi pelajar.

‘‘Operasi satu sesi ini juga diharapkan dapat melicinkan perjalanan pentadbiran madrasah, sekali gus meningkatkan sistem pendidikan yang ditawarkannya,’’ jelasnya lagi.

MWTI ditubuhkan lebih 65 tahun lalu dan sepanjang masa tersebut ia melalui pelbagai fasa, kata Ustazah Masnia.

‘‘Daripada hanya kelas yang bermula di anjung rumah Allahyarham Ustaz Mohd Noor Taib, pengasas dan mudir pertama MWTI, kemudian berpindah ke bangunan sederhana di Kampung Wak Tanjong, kemudian dipindahkan buat sementara di Sekolah Menengah Broadrick lama, ia seterusnya berpindah ke bangunan lima tingkat yang tersergam indah di pinggir jalan Sims Avenue.

‘‘Madrasah adalah sebuah institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan yang lebih menyeluruh dari sudut akademik, kerohanian dan fizikal, selain pembangunan sahsiah pelajarnya.

“Melalui pendidikan madrasah, diharapkan akan lahir golongan agamawan dan asatizah masa depan yang mampu berkhidmat untuk masyarakat Islam dari sudut bimbingan agama dan keperluan agama yang lain seperti pakar rujuk syari, kewangan dan muamalat Islam, urusan nikah cerai, faraid dan sebagainya.

‘‘Oleh itu, marilah sama-sama kita membantu madrasah merealisasikan impiannya ini dengan sama-sama menghulurkan derma, infak, wakaf atau zakat anda untuk menjayakan projek pembinaan bangunan tambahan madrasah ini.

“Semoga pahala yang akan diterima daripada setiap derma yang dihulurkan akan terus mengalir selagi madrasah ini terus berdiri dan melahirkan insan-insan yang akan menyumbang semula kepada agama, bangsa dan negara,’’ ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >