Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih banyak keluarga boleh terima subsidi khidmat penjagaan tadika

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak keluarga boleh terima subsidi khidmat penjagaan tadika

Mar 04, 2024 | 06:11 PM



Kementerian Pendidikan (MOE) akan meluaskan subsidi tambahan khidmat penjagaan di tadika (KCare) kepada semua keluarga berpendapatan sehingga $6,000 sebulan mulai suku keempat 2024.

Sehingga kini, hanya kanak-kanak warga Singapura yang mempunyai ibu bekerja layak menerima subsidi tambahan KCare tersebut.

Dengan peluasan itu, keluarga yang layak dengan ibu tidak bekerja akan menikmati pengurangan sebanyak 51 peratus hingga 99 peratus dalam yuran bulanan mereka.

Mengumumkan demikian, Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, dalam ucapannya semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya berkata:

“Ini bermakna semua keluarga dengan pendapatan isi rumah kasar bulanan sehingga $6,000 akan menerima subsidi.

“Mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kasar bulanan $3,000 dan ke bawah akan membayar serendah $3 sebulan untuk Tadika MOE dan KCare. Kami berharap ini akan menggalakkan lagi pendaftaran prasekolah dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.”

KCare ialah perkhidmatan penjagaan bagi ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan penjagaan seharian penuh untuk anak-anak mereka yang mendaftar di tadika MOE. Ia boleh didapati di semua 55 tadika MOE.

Dr Maliki akur keluarga berpendapatan rendah berdepan pelbagai cabaran yang memerlukan sokongan seluruh masyarakat terutamanya dalam memastikan akses awal kepada prasekolah.

Namun, yuran prasekolah masih boleh menghalang sesetengah keluarga berpendapatan rendah daripada mendaftarkan anak mereka ke prasekolah, kata beliau.

“Kami mahu anak-anak daripada segmen yang paling terdedah mempunyai permulaan yang kukuh dalam perjalanan pendidikan mereka.

“Kajian menunjukkan bahawa menghadiri prasekolah bermutu boleh meningkatkan keyakinan dan kemahiran sosial, dan meletakkan asas yang kukuh bagi kehidupan.

“Dalam konteks setempat, kami juga mendapati bahawa kanak-kanak yang menghadiri prasekolah dari tiga tahun kurang berkemungkinan memerlukan sokongan pembelajaran di Darjah 1,” ujar Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >