Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hubungan dua hala diplomatik Singapura dengan Laos cemerlang: Balakrishnan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan dua hala diplomatik Singapura dengan Laos cemerlang: Balakrishnan

Jan 27, 2024 | 10:03 PM



Hubungan dua hala Singapura dengan Laos sentiasa cemerlang sedang kededua negara ini menyambut ulang tahun diplomatiknya yang ke-50, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Menyatakan demikian semasa bertemu media Singapura, sempena lawatannya ke Laos, Dr Balakrishnan juga berkata ia merupakan masa yang sesuai untuk “bertemu, mengkaji semula hubungan dua hala kededua negara serta merancang arah jalan masa hadapan”.

“Kededua negara dianggap sebagai negara kecil, tapi itu dari sudut saiz penduduknya.

“Jika dilihat dari sudut kawasan tanahnya, Laos mempunyai saiz kawasan sebesar United Kingdom, namun penduduknya sedikit,” katanya yang menambah Laos merupakan pengerusi Asean untuk 2024.

Dr Balakrishnan berkata kesan perang Indochina yang dialami Laos menyebabkan negara itu terlewat dalam membangunkan negaranya, terutamanya dalam mendorong ekonominya.

“Hari ini, apabila kita meninjau hubungan dua hala antara Laos dengan Singapura, saya akan berkata, ia sangat baik dari segi diplomatik,” tambah Dr Balakrishnan.

Menyentuh tentang ekonomi Laos, Dr Balakrishnan, berkata ekonomi negara itu terutamanya dalam industri pelancongan terjejas teruk dek Covid-19, namun negara itu ingin terus maju ke hadapan dan ingin meninjau peluang yang ada.

Beliau menambah bahawa antara potensi yang boleh dimanfaatkan Singapura termasuk dalam bidang tenaga, kredit karbon, makanan dan akses kepada rantaian bekalan teknologi canggih.

“Dari sudut teknologi masa depan yang baru, tidak kira jika anda menyentuh tentang bateri, dan elektronik baru atau pusat data, ini semua merupakan bidang yang mereka boleh manfaatkan (dari Singapura).

“Di sinilah kemahiran Singapura dalam kemahiran pembangunan kapasiti dan latihan vokasional boleh membantu mereka, di mana kita boleh melatih jurulatih mereka agar institusi mereka boleh dipimpin warga Laos sendiri,” katanya.

Dalam lawatan itu, Dr Balakrishnan berkata beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Laos, Encik  Sonexay Siphandone  dan Menteri Luarnya, Encik  Saleumxay Kommasith, serta beberapa pegawai kanan lain.

Dr Balakrishnan berada di Laos dari 26 hingga 29 Januari untuk menghadiri mesyuarat dua hala dengan para pemimpin Laos di Vientiane, dan kemudian rahat para menteri luar di Luang Prabang.

Semasa di Vientianne Dr Balakrishnan telah menyerikan kegiatan yang memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Laos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >