Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Derma bagi dana bina bangunan tambahan madrasah di bazar Geylang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

Derma bagi dana bina bangunan tambahan madrasah di bazar Geylang

Komitmen Ramadan: Pelajar bertadarus setiap hari; halusi bacaan
Mar 29, 2024 | 05:31 AM



USTAZAH MASNIA NASSIM

Kita baru sahaja menyambut Nuzul Al-Quran sempena peristiwa turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad saw. Selepas peristiwa itu, ayat-ayat Al-Quran mula diturunkan secara beransur-ansur sepanjang 23 tahun kerasulan baginda.


Hari ini, dengan berkat usaha sahabat utama baginda yang kemudian disambung pula dengan kepakaran ulama silam, kita menerima Al-Quran dalam satu mushaf yang tersusun indah dan mudah dibaca oleh Muslimin sekalian.

Al-Quran adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan harian umat Islam. Ia umpama panduan dalam kita melayari hidup di dunia yang sementara ini. Setiap Muslim wajib belajar membaca Al- Quran dan seterusnya menghayati ajarannya.

Al-Quran tidak sepatutnya disimpan di rumah hanya sebagai hiasan dalam almari kaca atau hanya diperlukan untuk dibaca ketika berlaku kematian atau ketika musibah melanda.

Belajar membaca Al-Quran adalah fardu ain dan kemudian mengajar orang lain membacanya adalah suatu yang terbaik dilakukan. Sebagaimana Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan kemudian mengajarkannya.”


Oleh sebab Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, bulan ini juga dikenali sebagai bulan Al Quran. Bagi menghidupkan bulan Al-Quran ini, kebanyakan masjid dan surau di seluruh dunia mengadakan kegiatan membaca Al-Quran sepanjang Ramadan dan akan mengkhatamkannya sebelum ketibaan Syawal.

Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah juga memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengadakan kegiatan tadarus Al-Quran dalam kalangan pelajar sama ada sewaktu rehat, sebelum solat ataupun selepas solat zuhur mengikut kesesuaian jadual masing-masing.

Tahun ini, unit Tazkiyah Madrasah Wak Tanjong mahu acara tadarus ini lebih ditekankan kepada memperbaiki bacaan pelajar selain cuba mengkhatamkannya sekurang-kurangnya sekali. Ini kerana masih terdapat sebahagian pelajar yang masih belum lancar bacaan Al-Quran mereka, kurang menjaga tajwid dan fasahahnya atau kurang tepat makhraj hurufnya.


Melalui tadarus bersama secara halaqah, pelajar yang lebih dewasa dan lebih baik bacaannya akan memerhati bacaan pelajar yang lebih kecil dan membetulkan mana yang perlu. Dengan ini, diharap bacaan pelajar yang terlibat akan menjadi lebih baik di samping mendapat pahala membaca Al-Quran.


Sepanjang Ramadan ini juga Madrasah Wak Tanjong terus giat menjalankan usaha mengumpul dana bagi projek Nur Ala Nur 2.0 demi membina sebuah bangunan tambahan untuk memulakan operasi satu sesi, bermula tahun 2025. Kami juga ada membuka reruai bernombor 405 di Bazar Hari Raya di Wisma Geylang Serai.

* Penulis merupakan mudirah di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

HULUR DERMA


Sumbangan kepada Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah, dilakukan dengan:

1. PayNow: UEN S55MM0002D.

2. Kiriman cek atas nama ‘MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH’.

3. Secara Nets dan tunai di pejabat madrasah di 589 Sims Avenue Singapura 387600.

4. Imbas kod QR yang tertera.

5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >