Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

Projek Nur Ala Nur 2.0 dimulakan bagi lahirkan pelajar cemerlang Islam

Jan 12, 2024 | 05:30 AM



Dalam usaha berterusan menghasilkan pelajar cemerlang pada masa hadapan dan berdaya saing, banyak perubahan dan naik taraf yang perlu dilakukan oleh Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

Antaranya pelaksanaan Projek Nur Ala Nur 2.0 untuk sesi mulai 2025. Ia merupakan projek pengumpulan dana bagi tujuan pembinaan bangunan tambahan yang diharap dapat disiapkan pada akhir 2024.

Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah diasaskan pada 1958 dan kini sudah menjangkau lebih enam dekad. Sepanjang waktu ini, ia telah melahirkan ramai pelajar Islam cemerlang yang kembali menabur bakti kepada nusa dan bangsa.

Projek Nur Ala Nur 2.0 itu merangkumi langkah meratakan kawasan persekitaran Madrasah Wak Tanjong untuk digunakan bagi kegiatan Pendidikan Jasmani (PE) dan kegiatan kokurikulum (CCA).

Kawasan itu merupakan kebun kecil yang dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan dan tanaman segar seperti pokok pisang, belimbing dan beberapa pokok lain.

Ia juga melibatkan langkah menebang pokok mangga yang masih berbuah bersebelahan pondok pengawal bagi memberi laluan pembangunan semula dan bagi menyediakan ruang kegiatan lebih luas untuk pelajar madrasah, dengan sebahagiannya digunakan sebagai tempat letak kereta.

Fasa kedua projek Nur Ala Nur 2.0 sudah bermula pada awal Januari 2024 dengan sebahagian kawasan tempat letak kereta dan kawasan lapang di belakang madrasah ditutup bagi memulakan kerja pembinaan bangunan tambahan.

Menurut mudirah Madrasah Wak Tanjong, Ustazah Masnia Nassim, selaras dengan perubahan fizikal madrasah dari tahun ke tahun, mereka juga akan terus memajukan sistem madrasah dan kemudahan pembelajaran yang ada demi memenuhi keperluan pendidikan semasa yang sentiasa berubah.

Projek meratakan dan pembinaan kawasan kegiatan berpagar tinggi itu makan belanja hampir $100,000.

“Ruang terbuka ini membolehkan pelajar Madrasah Wak Tanjong mengadakan kegiatan PE, CCA tertentu dan kawasan bermain pada waktu rehat. Ia perlu kerana selain menggunakan minda untuk menyerap ilmu, pelajar juga perlu kegiatan yang boleh mencergaskan tubuh kerana otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat.

“Kami menyeru para dermawan agar terus menyokong madrasah dalam setiap usaha kami demi melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas yang bakal menyumbang semula kepada masyarakat suatu masa nanti.

“Projek membina bangunan tambahan bernilai hampir $4 juta, dan madrasah kami bakal beroperasi dalam satu sesi mulai tahun 2025. Insya-Allah, ini antara usaha Madrasah Wak Tanjong dalam melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang, pada masa hadapan,” jelas Ustazah Masnia.

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan kepada Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah boleh dilakukan melalui:

1. PayNow: UEN S55MM0002D.

2. Penghantaran cek atas nama ‘MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH’.

3. Pembayaran secara Nets dan tunai di Pejabat Madrasah di 589 Sims Avenue Singapura 387600 (Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 4 petang; Sabtu, 9 pagi hingga 12 tengah hari).


4. Imbas kod QR yang tertera.

5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >