Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga kenang 5 yang maut dalam nahas ngeri Tanjong Pagar

Feb 15, 2021 | 05:30 AM



BUNGA, pakaian dan sekeping gambar diletakkan di tempat kejadian nahas ngeri di Tanjong Pagar kelmarin, sedang beberapa orang datang memberi penghormatan terakhir kepada lima lelaki yang terkorban apabila kereta BMW yang dinaiki mereka merempuh sebuah rumah kedai lalu terbakar.



Hingga tengah hari semalam, teman wanita salah seorang lelaki itu masih dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU) Hospital Besar Singapura (SGH).



Empat daripada lima mangsa yang terkorban - Encik Jonathan Long dan Encik Eugene Yap, kedua-duanya 29 tahun, Encik Elvin Tan, 28 tahun, dan Encik Teo Qi Xiang, 26 tahun - merupakan penasihat kewangan di Aviva Financial Advisers.



Mereka bersama Encik Gary Wong, 29 tahun, yang pernah berkhidmat sebagai wakil dalam syarikat itu, berada dalam kereta BMW M4 coupe yang dipandu Encik Long apabila kereta tersebut merempuh bahagian depan rumah kedai berkenaan dan terbakar sekitar 5.40 pagi.



Sementara itu, teman wanita Encik Long, Cik Raybe Oh, 26 tahun, mengalami kelecuran teruk selepas beliau cuba menyelamatkan lelaki dalam kereta yang terbakar itu.



Cik Oh juga mantan kru kabin yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA).



Jurucakap SIA berkata:



"Kami sedih mendengar tentang keadaannya dan berharap beliau dapat pulih sepenuhnya.



"Kami turut mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa nahas ini."



Menurut polis, nahas pada hari kedua Tahun Baru Cina itu melibatkan jumlah orang paling ramai yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya sejak sedekad lalu.



Semalam, sekeping gambar seorang budak lelaki - dipercayai salah seorang mangsa - dilihat terletak atas sepasang pakaian dan kasut di pintu masuk rumah kedai yang terbakar itu.



Bunga, lilin yang menyala dan surat ucapan takziah turut terletak di bahagian depan dan tepi rumah kedai tersebut.



Anggota keluarga dan teman mangsa juga hadir memberi penghormatan terakhir mereka.



Seorang wanita yang memperkenal dirinya sebagai anggota keluarga salah seorang mangsa tiba dengan sejambak bunga berwarna biru sekitar 10.30 pagi.



Beliau mengambil gambar budak lelaki serta pakaian dan kasut di tempat itu sebelum pergi dari situ.



Seorang lelaki yang berkata beliau teman mangsa pula tiba dengan sejambak bunga sekitar 11.55 pagi.



Dalam pada itu, beberapa pekerja dari TS Engineering Works turut dilihat memasang perintang besi untuk mengepung rumah kedai terbabit.



Selain keluarga dan teman mangsa, beberapa orang awam juga datang memberi penghormatan terakhir mereka kepada mangsa.



Sepasang suami isteri yang tinggal di Tanjong Pagar sekitar 10 tahun lalu berkata anak lelaki mereka yang berusia 29 tahun pernah berjumpa dengan Encik Long.



Mereka melawat tempat kejadian itu selepas sarapan di pasar berdekatan.



Menurut seorang teman mangsa yang tidak mahu mendedahkan namanya, beliau rapat dengan Encik Long dan Cik Oh.



"Saya amat menanti-nantikan hari perkahwinan mereka tetapi yang tinggal kini hanya satu penderitaan jiwa," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >