Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat Seatrium semak semula strategi niaga

May 13, 2023 | 05:30 AM



SYARIKAT Seatrium, dengan jumlah pesanan bersihnya mencecah $20 bilion sehingga suku pertama 2023, akan menyemak semula semua perkara berkaitan langkah strategiknya, yang dijangka selesai menjelang akhir 2023, kata eksekutif tertingginya pada Jumaat



Syarikat itu, yang dahulunya dikenali sebagai Sembcorp Marine sebelum penggabungannya dengan Keppel Offshore & Marine (Keppel O&M), mempunyai permodalan pasaran kira-kira $8.5 bilion.



Penggabungan besar itu telah selesai sebulan lalu.



Semakan semula menyeluruh itu akan, antara lain, melihat struktur modal Seatrium berikutan penggabungan itu, serta cara terbaik menempatkan dirinya untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan di tengah-tengah peralihan tenaga hijau, kata ketua pegawai eksekutif (CE) Seatrium, Encik Chris Ong, semasa satu taklimat maya mengenai kemas kini perniagaan suku pertama syarikat itu.



Projek tenaga yang diperbaharui luar pesisir terbesar Seatrium melibatkan pembekalan sistem penghantaran elektrik voltan tinggi untuk tiga projek tenaga berlandaskan angin luar pesisir - setiap satu bernilai kira-kira 2 bilion euro ($2.9 bilion) - daripada pengendali grid Eropah TenneT TSO.



Syarikat itu menambah, ia juga telah memperoleh kontrak bernilai lebih $500 juta bagi dua pencawang tenaga berlandaskan angin luar pesisir daripada Empire Wind, usaha sama antara Equinor dengan BP.



Selanjutnya, ia telah memeterai perjanjian dengan Chevron Shipping Company untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan, pemasangan dan pentauliahan untuk projek pengubahsuaian dan naik taraf kapal-kapal gas nitrogen cecairnya untuk menyokong matlamat peralihan tenaganya.



Projek dalam pelaksanaan merangkumi kira-kira $19.9 bilion daripada jumlah pesanan bersihnya, manakala projek pembaikan dan naik taraf yang berterusan menyumbang kepada baki jumlah, kata Seatrium.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >