Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MEMERANGI COVID-19

SG harus bersedia hidup bersama Covid-19

ndr
Aug 30, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA harus membuat persiapan hidup dengan Covid-19 sebagai penyakit yang biasa berlaku, seperti selesema dan cacar ayam kerana menghapuskan kesemua kes di sini bukan lagi satu perkara yang boleh dilakukan.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata dengan melakukan vaksinasi dan sikap waspada yang dipertingkat, warga Singapura boleh hidup dengan koronavirus tersebut dan menjadi mudah pulih apabila dijangkiti Covid-19.



"Kita mungkin perlu menekan brek dari masa ke masa, tetapi kita mahu mengelak daripada menekan brek dengan kuat.



"Justeru, bagi fasa selanjutnya, kami akan bergerak selangkah demi selangkah, bukan sekali gus seperti sebahagian negara-negara lain, tetapi dengan cara yang berhati-hati dan berperingkat, untuk mencari jalan ke hadapan," ujar Encik Lee.



Beliau menggunakan analogi kenderaan yang bergerak itu semasa menyentuh mengenai pendekatan yang diambil Singapura dalam menangani Covid-19 bagi jangka panjang, dalam ucapan bahasa Inggeris di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) semalam.



Menurut Encik Lee, bilangan kes Covid-19 telah bertambah pada minggu lalu, tetapi bilangan orang yang sakit teruk adalah stabil.



"Adalah penting bagi kita mengekalkan keadaan ini, supaya kita boleh terus melonggarkan sekatan, terutama untuk menghubungkan semula Singapura dengan negara-negara lain di dunia," ujar beliau.



Sementara itu, pihak berkuasa akan meneruskan usaha untuk mendekati bahagian penduduk yang belum divaksin untuk menggesa mereka berbuat demikian.



Menurut Encik Lee, apabila Covid-19 menjadi biasa berlaku atau endemik setiap orang akan 'bertemu' virus itu.



"Jika anda telah divaksin, anda mungkin tidak akan dijangkiti. Tapi jika anda belum divaksin, anda hampir pasti akan dijangkiti dan mungki menjadi amat sakit," ujar Encik Lee.



"Bagi kanak-kanak, Covid-19 biasanya adalah penyakit ringan. Namun bagi mereka yang tua dan tidak divaksin, ia boleh menjadi penyakit amat berbahaya."



Menurut Encik Lee, inilah sebabnya klinik vaksinasi bergerak sedang menjelajah ke kejiranan HDB untuk memudahkan penduduk mendapatkan vaksinasi.



Pasukan relawan juga sedang pergi dari rumah ke rumah untuk memvaksin golongan yang tidak berupaya untuk keluar dari rumah untuk divaksin.



Menambah, Encik Lee berkata Singapura boleh berbalik semula kepada hidup harian yang biasa jika semua orang memainkan peranan dalam beberapa bulan yang akan datang dan berjaya memelihara keadaan yang stabil ini.



Ini termasuk kembali bekerja atau ke sekolah, bertemu keluarga dan rakan-rakan, berkumpul bagi khidmat keagamaan, meraikan ulang tahun dan perkahwinan, menyaksikan persembahan 'live' dan acara sukan serta berkumpul bagi Hari Kebangsaan, kata Encik Lee.



Semalam Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata kadar vaksinasi bagi Covid-19 di ini telah mencapai 80 peratus penduduk yang menerima dua dos vaksin.



Lebih 4,300 orang yang tidak dapat keluar dari rumah pula telah menerima vaksin Covid-19 daripada pasukan bergerak.



Dalam kenyataanya kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata dalam tempoh 28 hari sehingga 28 Ogos, peratusan orang yang belum divaksin yang meninggal dunia atau menjadi sakit teruk adalah 9.2 peratus, sementara yang telah divaksin sepenuhnya adalah 1.2 peratus.




PENDEKATAN S'PURA UNTUK TANGANI COVID-19



"Kita mungkin perlu menekan brek dari masa ke masa, tetapi kita mahu mengelak daripada menekan brek dengan kuat.



Justeru, bagi fasa selanjutnya, kami akan bergerak selangkah demi selangkah, bukan sekali gus seperti sebahagian negara-negara lain, tetapi dengan cara yang berhati-hati dan berperingkat, untuk mencari jalan ke hadapan...



Jika anda telah divaksin, anda mungkin tidak akan dijangkiti. Tapi jika anda belum divaksin, anda hampir pasti akan dijangkiti dan mungki menjadi amat sakit.



Bagi kanak-kanak, Covid-19 biasanya adalah penyakit ringan. Namun bagi mereka yang tua dan tidak divaksin, ia boleh menjadi penyakit amat berbahaya."
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >