Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital bersiap hadapi lonjakan pesakit Covid-19

Khemah dibangun sementara tunggu pesakit pindah ke pusat jagaan masyarakat, kemudahan rawatan
Oct 06, 2021 | 05:30 AM



HOSPITAL awam setempat telah membuat persiapan untuk 'menyambut' lebih ramai pesakit Covid-19 yang terus membanjiri jabatan kecemasan.



Hospital-hospital mengambil insiatif sendiri seperti mendirikan khemah untuk menangani jumlah kes jangkitan yang melonjak.



Misalnya, Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) telah mendirikan khemah di perkarangan Hospital Masyarakat Yishun, yang terletak bersebelahannya dan sebahagian pusat jagaan keselamatan bersepadu di tempat itu.



Ia mula menerima pesakit Covid-19 di kawasan sedemikian sejak Jumaat lalu.



Antara lain, tempat itu digunakan untuk merawat pesakit yang memerlukan jagaan perubatan sementara mereka menanti untuk dipindahkan ke pusat jagaan masyarakat atau kemudahan rawatan, kata hospital itu.



Memberi respons kepada pertanyaan Berita Harian mengenai perkembangan khemah sementara di hospital lain, seorang jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH) berkata hospital-hospital di sini telah mengambil insiatif sendiri untuk menangani jumlah kes yang melonjak.



Selain KTPH, Hospital Tan Tock Seng turut mengembangkan jabatan kecemasan mereka untuk menangani lonjakan jumlah pesakit mereka.



Dalam pengumumannya di laman Facebook pada 20 September, hospital itu telah memaklumkan pesakit yang tiba ke hospital dengan kereta atau teksi ke Pusat Perubatan Geriatrik atau jabatan kecemasan, bahawa tempat letak kereta yang berhampiran dengan jabatan kecemasan sebahagiannya kini ditutup.



Hospital lain, seperti Hospital Besar Ng Teng Fong, pula menggunakan khemah yang mereka sediakan tahun lalu untuk pemeriksaan pesakit, ketika kes di dormitori pekerja migran meningkat.



Untuk terus membantu menangani keadaan ini, pihak berkuasa secara aktif sedang menyediakan katil untuk pesakit berisiko tinggi yang memerlukan pemerhatian rapi di luar hospital.



MOH juga mengumumkan 3,700 katil di sembilan kemudahan rawatan masyarakat (CTF) akan siap pada akhir bulan ini.



Kemasukan ke hospital akibat Covid-19 di Singapura telah melonjak, dengan seramai 1,355 pesakit dimasukkan ke wad sehingga Isnin.



Menurut laporan The Straits Times, mereka yang ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) dikatakan perlu menunggu 20 jam atau lebih sebelum mendapat katil dan dimasukkan ke hospital.



Menurut MOH, kira-kira 15 peratus kapasiti katil hospital Singapura kini telah digunakan untuk pesakit Covid-19.



Data MOH yang tersedia secara umum menunjukkan bahawa terdapat 9,610 katil pesakit di hospital awam akut di sini pada 2020.



Kes Covid-19 di Singapura mula melonjak mulai akhir Ogos dan menyebabkan pihak berkuasa mengenakan sekatan ketat selama sebulan hingga 24 Oktober untuk mengekang penularan virus tersebut.



Kes baru Covid-19 di sini melebihi 2,000 kes untuk kali pertama pada 28 September dan kekal meningkat.



Sebanyak 2,475 kes Covid-19 baru dicatatkan pada Isnin, walaupun sekitar 98 peratus daripada kes Covid-19 di sini adalah sederhana atau tidak menunjukkan sebarang gejala kerana kadar vaksinasi yang tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >