Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sheila Majid mahu anak sulung belajar bina jenama sebelum duet bersama

Oct 20, 2023 | 05:30 AM
@beritahariansg

Tipah tidak tertipu lagi! Siapa yang masih ingat dengan dialog klasik dari lakonan Sheila Majid dalam filem 80an ‘Ali Setan’. Kata Sheila, beliau “cringe” bila menonton semula. Ayuh kenali Sheila Majid, dan baca tentangnya dan jika ada rancangan berduet dengan anaknya, Kayda. #bhnews #sgnews #sheilamajid #thebigband

♬ original sound - Berita Harian - Berita Harian



Tiada perancangan bagi Datuk Sheila Majid berduet dengan anaknya, artis ‘hip-hop’, Kayda Aziz atau nama sebenarnya, Wan Nur Khaleda Roslan, kerana ia tidak semudah ibu dan anak mengambil keputusan untuk sama-sama merakam lagu secepat itu tanpa memikirkan pelbagai faktor lain.

“Khaleda perlu berusaha gigih dan belajar dahulu proses membina namanya terlebih dahulu. Saya takkan mudahkan urusannya untuk langsung bekerjasama dengan saya, hanya kerana beliau anak saya. Kalau beliau nak berduet dengan saya, beliau perlu capai suatu kedudukan yang saya rasa cukup baik untuk berduet dengan saya. Perlu kerja keras.

“Sama juga dengan bakat lain. Bayangkan kalau Khaleda bukan anak saya dan beliau nak bekerjasama dengan saya. Saya tetap menilai mutu suara dan daya persembahannya terlebih dahulu.

“Tapi jangan salah anggap. Bukannya saya tak bangga dengan pencapaiannya sejauh ini. Khaleda sudah membina namanya sebagai Kayda tanpa menumpang populariti saya. Ramai awalnya tak tahu beliau anak Sheila Majid.

“Saya memang nak orang kenali dirinya kerana bakatnya dan bukan kerana beliau anak perempuan saya. Alhamdulillah, orang nampak usaha dan bakatnya serta keyakinan dirinya untuk berdiri dengan nama sendiri. Kalau tidak, sampai bila-bilalah beliau akan menjadi bayang-bayang saya.”

Menurut Sheila, 58 tahun, yang ditemui Berita Harian (BH) pada sidang media konsert Sheila Majid Big Band Live In Singapore 2023, anjuran Offshore Entertainment di Teater The Star, pada Rabu, anak sulungnya Khaleda, 32 tahun, juga lebih selesa menaiki tangga industri muzik dengan usaha sendiri. Sebabnya, beliau tahu tiada jalan pintas atau mudah mengecapi kejayaan walaupun ibunya seorang bintang terkenal yang diberi jolokan Ratu Jaz Malaysia.


Sidang media tersebut diadakan di Hotel Parkroyal Collection (Marina Bay) di ambang konsert Sheila pada Jumaat malam.

Sementara itu, ketika ditanya panduannya menjaga kesihatan dan kecantikan, Sheila yang sentiasa tersenyum dan ramah, berkata beliau bergantung pada pemakanan yang baik dan berkhasiat. Pemakanan sihat juga diterapkan buat anak-anaknya.

“Kami selalu makan hidangan Melayu di rumah. Tapi saya suka kalau anak-anak saya memuji sajian daging lembu panggang atau pencuci mulut kastard karamel saya,” jelasnya yang meminati bintang jaz Barat, Sarah Vaughan dan Billie Holiday sebagai pencetus inspirasi selain muzik motown Diana Ross.


Jika ramai sudah dibuai mimpi pada waktu malam dan dinihari, Sheila pula meluangkan masa tersebut untuk bekerja, membalas e-mel atau pesanan, kerana lebih tenang bereskan kerja pada tempoh tenang sebegitu.


“Mungkin kerana sejak usia 18 tahun, saya sudah berkecimpung dalam bidang seni dan terbiasa kerja malam, jadi saya selalunya tidur lewat. Kadangkala, lepas subuh baru terlelap. Saya bukan seseorang yang sudah bangkit awal pagi untuk bersarapan. Makan tengah hari adalah sajian pertama saya. Kebiasaannya tak sarapan.

“Bagi saya, senang untuk bekerja pada lewat malam atau dinihari. Selepas kirim e-mel, saya yakin sesudah saya bangun keesokan hari, mereka yang berurusan dengan saya dan jenis yang bangun pagi, dah dapat bereskan segala pertanyaan saya,” kongsi Sheila yang akan beraksi dalam konsert di Singapura pada Jumaat.

Mengenai satu-satunya lakonan yang pernah beliau jayakan tetapi kekal terpahat dalam ingatan ramai bagi filem Ali Setan, selaku Latifah atau Tipah, pelantun lagu Sinaran dan Ku Mohon itu tertawa seraya berkata:


“Semakin saya nak lupakan kisah si Tipah, semakin saya sentiasa diingat-ingatkan mengenainya kerana setiap Hari Raya, filem Ali Setan masih terus ditayangkan. Sampai orang (kumpulan Ruffedge) bikin lagu pasal si ‘Tipah Tertipu’! Saya berlakon cuma nak dapatkan pengalaman. Tapi setiap kali tengok diri saya berlakon, setiap kali itu saya rasa ‘alamak...kelakarnya...’ Geli-geman. Berbotol Eye Mopula saya tuang untuk babak menangis. Sendiri tak suka. Justeru, saya ambil keputusan takkan berlakon lagi. Lebih baik saya tumpukan perhatian pada kekuatan saya dalam bidang muzik dan nyanyian.


“Berlakon ni susah bagi saya. Banyak yang nak diselaraskan... masa tu ada proses alih suara. Kena ikut mulut kita dalam rakaman filem apabila mengalih suara,” ujar Sheila yang berjaya menembusi pasaran Indonesia dan Jepun.

Tiket konsert ‘Sheila Majid Big Band Live In Singapore 2023’ berharga $88 hingga $298 boleh ditempah di laman web, kaunter dan talian Sistic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >