Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hollywood bakal terbitkan filem

Jul 13, 2018 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Operasi dramatik menyelamatkan 12 budak lelaki anggota sebuah pasukan bola sepak Thailand dan jurulatih mereka yang terkandas di sebuah gua minggu ini akan diabadikan dalam filem Hollywood.



Penyelam membebaskan budak-budak dan jurulatih mereka dalam misi berbahaya melalui ruang dalam, sempit dan dipenuhi air banjir - yang mengorbankan nyawa seorang penyelam - pada Ahad hingga Selasa lalu.



Dua syarikat pengeluaran kini ingin menghasilkan filem tentang misi menyelamatkan pasukan bola sepak Thailand itu.



Tentera Laut Thailand, yang unit Sealnya mengetuai operasi menyelamat itu, dan kerajaan Thailand memilih syarikat Ivanhoe Pictures bagi menghasilkan sebuah filem yang akan diarahkan oleh John M. Chu, kata presiden Ivanhoe Pictures, John Penotti, dalam satu kenyataan.



Ivanhoe Pictures, yang mempunyai pejabat di Amerika Syarikat dan di Asia, memberi tumpuan pada Asia dan Amerika Utara.



Ia pengeluar bersama filem yang akan datang Crazy Rich Asia, berdasarkan novel oleh Kevin Kwan dan diarahkan Chu.



"Ada kisah indah mengenai manusia menyelamatkan manusia lain, jadi sesiapa yang memikirkan tentang cerita itu lebih baik mendekatinya dengan baik dan hormat," kata Chu, yang dilahirkan di California dan berketurunan Cina, menerusi Twitter.



Sebuah lagi syarikat yang ingin menghasilkan filem mengenai kejadian tersebut ialah Pure Flix, yang berpangkalan di Amerika, yang mengkhusus pada filem keluarga dan Kristian.



Pengasas bersama Pure Flix, Michael Scott, yang tinggal di Thailand pada sebahagian tahun, berkata penerbit daripada syarikatnya berada di lapangan menemu ramah pekerja penyelamat bagi kemungkinan menghasilkan sebuah filem.



Beliau berkata isterinya membesar bersama mendiang Samarn Poonan, bekas anggota Seal tentera laut Thailand yang terkorban semasa misi menyelamat itu.



"Rakyat Thai, Barat, Eropah, Australia - orang dari seluruh dunia yang membantu menyelamatkan kanak-kanak itu," kata Scott.



"Saya rasa ada daya tarikannya di seluruh dunia yang saya rasa akan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia."



Bagaimanapun, membawa drama Thailand itu ke layar perak menghadapi rintangan.



Pertama, pembuat filem perlu mendapatkan hak daripada setiap keluarga budak-budak itu, jurulatih mereka, dan sembarang penyelamat yang mereka mahu papar bagi menonjolkan kisah secara langsung daripada mereka tentang apa yang berlaku.



Budak-budak itu berumur antara 11 hingga 16 tahun.



Dan melakonkan semula misi menyelamat itu pada layar mungkin mahal, terutama ia melibatkan penggambaran dalam air. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >