Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Iswaran hadapi 8 tuduhan baru terima antaranya basikal Brompton, kayu golf

Mar 25, 2024 | 03:02 PM



Mantan menteri pengangkutan, S. Iswaran, dihadapkan lapan pertuduhan baru di mahkamah pada 25 Mac.

Ini adalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang menjadikan satu kesalahan bagi penjawat awam untuk menerima hadiah daripada seseorang yang terlibat dengan mereka dalam urusan rasmi.

Ketika ditanya oleh Hakim Daerah Brenda Tan, Iswaran – yang kini menghadapi 35 pertuduhan secara keseluruhan – berkata beliau tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tambahan itu, lapor The Straits Times (ST).


Pada 25 Mac, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata dalam satu kenyataan bahawa Iswaran didakwa memperoleh, sebagai penjawat awam, barang-barang bernilai $18,956.94 daripada seorang bernama Lum Kok Seng.

Iswaran didakwa mengenalinya dalam perniagaan yang mempunyai kaitan dengan fungsi rasminya sebagai Menteri Pengangkutan.

Kesalahan itu dilakukan antara November 2021 dengan November 2022.

Mengikut kertas pertuduhan, barangan itu termasuk berbotol-botol wiski, kayu golf dan sebuah basikal Brompton berharga $7,907.50.

Urus niaga perniagaan itu melibatkan kontrak antara Lum Chang Building Contractors dengan Penguasa Pengangkutan Darat, untuk kerja-kerja tambahan dan ubah suai Stesen Tanah Merah dan jejambat sedia ada.

Laman web Lum Chang menyenaraikan Encik Lum Kok Seng sebagai pengarah urusannya.

Iswaran tiba di mahkamah pada 25 Mac kira-kira 8.20 pagi bersama anggota pasukan peguamnya daripada Davinder Singh Chambers.

Ketua Pendakwa Raya Tan Kiat Pheng memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan pada Isnin adalah untuk mengemukakan lapan pertuduhan tambahan terhadap Iswaran dan menyerahkannya kepada Mahkamah Tinggi.

Encik Navin Shanmugaraj Thevar, salah seorang peguam Iswaran, mempersoalkan mengapa pertuduhan baru itu dikemukakan hanya sekarang.

Menurutnya, lapan pertuduhan baru itu berkaitan dengan perkara yang CPIB telah menyoal Iswaran pada Julai dan Ogos 2023.

“Pada 16 Mac, tiga hari sebelum persidangan pendedahan kes jenayah (CCDC) di Mahkamah Tinggi, CPIB memanggil anak guam saya dan dia dikenakan lapan pertuduhan baru,” kata beliau.

Ketua Pendakwa Raya Tan berkata semua pertuduhan yang dikemukakan terhadap Iswaran adalah berdasarkan bukti yang didedahkan oleh CPIB dan ia telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara.

Iswaran, 61 tahun, didakwa di Mahkamah Negeri pada 18 Januari dan kesnya kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Perbicaraan dalam kamar ditetapkan pada 2 April.

Iswaran pada mulanya menghadapi 27 pertuduhan, termasuk dua pertuduhan rasuah.

Tuduhan itu berkaitan dakwaan rasuah yang diperoleh daripada jutawan Ong Beng Seng sebagai dorongan untuk memajukan kepentingan perniagaan hartawan hotel dan hartanah itu berhubung perjanjian antara promoter perlumbaan Grand Prix (GP) Singapura dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Encik Ong, yang merupakan pengerusi GP Singapura, dipuji kerana membawa perlumbaan GP Formula 1 ke Singapura.

Iswaran meletak jawatan sebagai menteri pengangkutan dan Ahli Parlimen GRC West Coast pada Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >