Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Noor Kumalasari kongsi liku hidup anak seni dalam Berita Minggu

Apr 23, 2024 | 02:38 PM



Apakah yang sering dilakukan penyanyi dan pelakon jelita era 1970-an, Noor Kumalasari, bersama kakak tersayang, Anita Sarawak, sewaktu kecil tatkala ibu mereka, pelakon veteran Umi Kalthum, sibuk di set penggambaran?

Bagaimana pula pengalaman berlakon bersama dan di bawah arahan wira legenda filem Melayu, Datuk Jins Shamsuddin dalam filem, Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan Esok Untuk Siapa?


Apakah yang membuatnya dan rakan seni, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, seiring sejalan dalam memasyarakatkan seni?

Siapa pula sangka wujud perselisihan faham antaranya dengan hero filem, Adik Manja, Dharma Harun Al-Rashid, di set penggambaran kerana peristiwa yang membuatkan Noor, 68 tahun, tidak selesa dan anggap tidak wajar?


Semua ini dikupas dalam rencana Berita Minggu (BM) pada 28 April, hasil wawancara eksklusif Ketua Gaya Hidup Berita Harian, Haryani Ismail, bersama Noor, yang dikenali sebagai pelantun lagu terkenal, Mata dan Pulang Di Hari Raya.


Beliau, yang ditemui di pusat riadah The Chevrons di Boon Lay Way sempena acara perjumpaan Hari Raya, Lemak Manis Raya, anjuran syarikat pelancongan Travelwave, turut menceritakan tentang rutinnya kini sebagai suri rumah yang gemar menjaga kucing dan melibatkan diri dalam acara amal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >