Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Maria Arshad kian stabil

Dec 15, 2023 | 11:00 PM



KUALA LUMPUR: Pelakon popular era 1980-an, Datin Maria Arshad, 65 tahun, yang dirawat di hospital akibat kekejangan otot kira-kira seminggu lalu, dilaporkan stabil.


Menantunya yang juga penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahiera, memberitahu ibu mentuanya sudah dipindahkan ke wad biasa selepas tiga hari ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta.

“Setakat ini, doktor masih mencari punca sakit belakang yang mama alami. Selain bacaan garam yang rendah, doktor hendak pastikan tiada penyakit lain.

“Sejak dimasukkan ke hospital minggu lalu, macam-macam ujian dibuat termasuk Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

“Bagaimanapun. bacaan darah mama normal, cuma doktor hendak ambil kahak mama untuk ujian tuberkulosis. Jika diikutkan, penyakit tuberkulosis tidak sakit belakang. Namun, doktor lakukan ujian untuk kepastian,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

Shiera berkata, pengambilan kahak agak sukar dibuat berikutan ibu mentuanya jarang batuk dan tidak berkahak.

Namun, beliau lega melihat perkembangan positif Maria yang sudah boleh berborak dan mempunyai selera makan.

“Alhamdulillah, mama sudah boleh makan dan berborak macam biasa. Namun, mama belum kuat lagi untuk berdiri.

“Cuma mama masih alami sakit belakang dan bergantung kepada ubat. Apabila bacaan garamnya rendah, sakit akan datang. Namun, apabila ambil ubat, mama tidak sakit,” katanya.

Bagaimanapun, Shiera berkata, pelawat tidak digalak menziarahi Maria berikutan jangkitan Covid-19 yang semakin berleluasa dikhuatiri memberi kesan.

Sebelum ini, Maria, pelakon yang pernah membintangi filem Langit Tidak Selalu Cerah itu, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kekejangan sehingga berada dalam keadaan separuh sedar.


Maria atau nama sebenarnya, Kamariah Arshad, memulakan kerjaya seni sebagai pelakon pada 1981. Maria mencipta populariti sezaman dengan bintang terkenal lain seperti Uji Rashid, Noor Kumalasari dan Rubiah Suparman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >