Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Rahsia’ versi baru kembalikan Eman Manan

Jul 26, 2023 | 04:30 PM



Melihat kejayaan filem Rahsia yang pernah melakar kecemerlangan pada 1987, anak kepada pengarah asal naskhah tersebut, Shamyl Othman, tidak teragak-agak melakukan penceritaan semula filem itu (versi reboot).


Shamyl yang merupakan anak kepada sutradara, Othman Hafsham berkata beliau berusaha sedaya upaya untuk mengolah semula filem tersebut dalam konteks berlainan walaupun mengambil inspirasi daripada filem asal. 

“Kita bukan ceritakan benda sama. Masa pun sudah berubah. Rahsia bagi 2023 adalah di set sekarang bukan di set penggambaran zaman 80-an. Filem yang sama tetapi plot cerita berbeza. Pada masa sama, penonton akan melihat elemen sama daripada filem asal.


“Saya juga gementar kalau penonton membandingkan dengan filem asal. Saya harap penonton akan dapat menerima naskhah ini,” jelasnya. 

Shamyl juga memberitahu ada mengekalkan beberapa elemen seperti piano yang terdapat dalam filem asal.

“Saya masih ingat semasa ayah (Othman) buat penggambaran asal filem itu, ruang bahagian dalam adalah di sebuah rumah di Ampang. Bahagian luar pula di Port Dickson. 

“Ikutkan filem ini sudah siap penghujung 2020, tetapi sebab Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu, ia baru ditayangkan tahun ini, ditambah pula dengan trend orang ramai menonton wayang yang semakin meriah,” katanya.

Disoal tentang mendapatkan beberapa pelakon asal seperti Noor Kumalasari, Shamyl berkata hasrat tersebut bagaimanapun tidak kesampaian. 

“Kita cuba dapatkan Kak Noor untuk satu watak, tetapi dia minta maaf sebab sudah tidak berlakon lagi. Dia pun sudah lama meninggalkan kerja di depan kamera,” katanya. 

Selain Nabila Huda dan Fikry Ibrahim yang menjadi pelakon utama filem ini, Shamyl berkata beliau juga berjaya menampilkan Eman Manan. Kongsinya, beliau berasa gerun ketika kali pertama mengadakan pertemuan dengan pelakon legenda itu.

“Eman Manan adalah jenis yang tidak banyak bercakap. Mula-mula pergi jumpa dia, kita jangka mungkin dia tak minat sangat. Tetapi bila baca skrip, dia suka skrip itu dan watak yang perlu digalas juga memuaskan hatinya. Dia sangat profesional dan tahu apa yang perlu dibuat. 

“Aura dia memang lain macam ketika masuk ke set penggambaran, sampai buat kita rasa jangan main-main ketika bekerja,” katanya. 

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga lakonan Nabila sebagai Ramlah (watak asal Noorkumalasari) dan Fikry sebagai Hamdan (watak asal Shukery Hashim) yang pulang bercuti ke kampung.


Keadaan bertukar cemas selepas anak mereka tiba-tiba hilang semasa berkelah di tepi pantai. Kehilangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan gangguan kuasa mistik. 

Sebagai rekod, naskhah asal pernah menjadi filem seram pertama yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ketujuh serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada 1987.     




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >