Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Enrique terima kekalahan walaupun pahit

May 08, 2024 | 04:25 PM



PARIS: Paris St-Germain (PSG) terlepas peluang keemasan untuk layak ke perlawanan akhir pada kali kedua. Namun, suasana di kelab dari Perancis itu tidak begitu suram selepas musim pembaharuan dengan pengurus baru.


Juara Ligue 1 – divisyen utama Perancis – itu tersingkir pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas kalah di tangan Borussia Dortmund 1-0 dan sekali gus 2-0 secara agregat.

Percubaan PSG melewati tiang gol Dortmund sebanyak enam kali semasa dua perlawanan separuh akhir dan merekodkan 31 percubaan terhadap gol kelab dari Jerman itu pada perlawanan di Stadium Parc de Princes.

“Kami tidak bernasib baik semasa dua perlawanan ini, tetapi bola sepak memberi ganjaran kepada mereka yang menjaringkan gol, bukan yang melewati tiang gol,” kata pengurus PSG Luis Enrique.

“Matlamat saya adalah untuk berjuang untuk semua kejuaraan. Malam ini, saya bangga dengan pasukan saya, dengan semua pemain.”

PSG telah memenangi Ligue 1 dan mempunyai perlawanan akhir Piala Perancis akan datang pada 26 Mei menentang Lille.

“Kami tidak cekap, mereka (Dortmund) cekap, mereka menjaringkan dua gol dan memenangi kedua-dua perlawanan. Ada banyak yang boleh dipelajari daripada pertandingan ini,” kata kapten PSG Marquinhos kepada wartawan.

“Pada permulaan musim ini, tiada sesiapa yang percaya kami akan berada sejauh ini. Kami mengatasi pelbagai halangan, tapi kita tidak harus buang segalanya kerana kami disingkirkan. Kami harus mengingati yang ini adalah projek baru, dengan pengurus baru.

“Ada perkara yang positif untuk dibawa ke musim hadapan.”

PSG gagal layak ke peringkat akhir UCL untuk kali ketiga, termasuk kekalahan kepada AC Milan pada 1995 dan Manchester City pada 2021.

Harapan PSG memenangi UCL pada 2020, selepas menyingkirkan RB Leipzig pada peringkat separuh akhir, hancur selepas kalah di tangan Bayern Munich.

Luis Enrique sudah mula membina pasukannya tanpa Kylian Mbappe, yang akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >