Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dortmund tebus kekecewaan domestik untuk mara ke final

May 08, 2024 | 03:15 PM



PARIS: Borussia Dortmund berpeluang menjadi juara Eropah kali kedua dalam sejarah kelab itu, meskipun melalui kempen domestik yang menghampakan.


Dortmund menghasilkan prestasi cemerlang untuk mengalahkan Paris St-Germain (PSG) 1-0 pada perlawanan kedua separuh akhir dan sekali gus melengkapkan kemenangan 2-0 secara agregat.

Dortmund, yang sedang menduduki tangga kelima Bundesliga atau divisyen utama Jerman, akan bertemu Bayern Munich atau juara liga Sepanyol Real Madrid pada perlawanan akhir di Wembley pada 1 Jun nanti.

Kemenangan ini mengikuti kejayaan perlawanan pertama separuh akhir pada 30 April yang berakhir 1-0 juga, hasil jaringan Niclas Fullkrug.

Pemain pertahanan Dortmund, Mats Hummels, yang berjaya menjaringkan satu-satunya gol di Parc de Princes, berkata pasukannya yakin akan memenangi Liga Juara-Juara Eropah untuk kali pertama sejak 1997.

Beliau menjaringkan gol hasil tandukan bebas daripada tendangan sudut Julian Brandt dan melepasi penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.

“Sejak perlawanan kedua peringkat kumpulan, kami percaya kami akan berjaya, dan saya tidak melihat sebab kami tidak boleh menang di Wembley,” kata pemain berumur 35 tahun itu.

“Saya menjaringkan terlalu sedikit gol di Liga Juara-Juara sepanjang kerjaya, lima sahaja. Ini adalah masa yang tepat untuk menambah jumlah itu.”

Hummels sebahagian daripada pasukan Dortmund yang kalah 2-1 kepada Bayern Munich pada Mei 2013, kali terakhir Wembley menjadi tuan rumah perlawanan akhir UCL.

Beliau dan Nico Schlotterbeck menjadi pasangan pertahanan yang memainkan peranan penting dalam menghalang ancaman serangan PSG, meskipun percubaan dari juara liga Perancis itu melewati tiang gol Dortmund sebanyak enam kali.

“Kami banyak alami kesukaran, tetapi cara kami memenangi perlawanan ini, tiada siapa yang akan tanya keesokan hari,” tambah penyerang Dortmund Marco Reus yang mungkin bermain perlawanan terakhirnya di Wembley setelah 12 tahun bersama kelab itu.

“Sepakan ke tiang gol tidak penting keesokannya. Apa yang penting adalah Borussia Dortmund layak ke perlawanan akhir. Tiada siapa yang jangkakan. Ia adalah luar biasa.”

Dortmund melalui perjalanan yang sukar semasa peringkat kumpulan – PSG, AC Milan dan Newcastle berada di kumpulan yang sama.

Walaupun begitu, Dortmund berjaya menduduki tempat tertinggi kumpulan itu. Mereka juga berjaya mengatasi PSV Eindhoven dari Belanda di peringkat 16 terakhir dan Atletico Madrid pada peringkat suku akhir.

Dortmund hampir-hampir memenangi Bundesliga pada musim 2022-23 tetapi Bayern berjaya meraih kejuaraan itu melalui perbezaan gol.

Pengurus Dortmund, Edin Terzic, bangga dengan pasukannya.

“Saya gembira kami dapat mengembalikan sesuatu kepada peminat kami. Kami telah memperbaiki pada setiap perlawanan dan sedar kami boleh menjadi pasukan yang memeranjatkan semua.

“Sebelum perlawanan pertama dengan PSV, kami berbual tentang betapa pendeknya perjalanan ke London. Ini adalah detik kebanggaan untuk kami dan impiannya belum tamat.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >