Lebih 1.1 juta, atau 88 peratus, isi rumah warga Singapura telah menuntut Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) mereka menjelang 16 Januari.
Selepas sekitar dua minggu baucar itu dilancarkan pada 3 Januari, lebih $105 juta telah dituntut dan dibelanjakan, menurut Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, yang juga Mayor CDC South West.
“Ini menunjukkan bahawa pelancaran Baucar CDC 2024, yang membolehkan setiap isi rumah Singapura menuntut baucar bernilai $500, telah memberikan kelegaan kepada isi rumah Singapura dan memberikan rangsangan kepada penjaja dan perniagaan yang berada di kawasan estet perumahan,” kata Cik Low.
Beliau berkata demikian semasa pelancaran Great Budget Meal Hunt, satu daya utama antara Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bersama Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) untuk menggalak masyarakat membantu mencadangkan makanan berharga $3.50 dan ke bawah, di City Foodcourt di Bendemeer pada 16 Januari.
Baucar CDC 2024 boleh digunakan di pasar raya dan kedai kejiranan yang mengambil bahagian.
Cik Low menggesa orang ramai supaya memeriksa senarai Great Budget Meal Hunt – yang menerima lebih 1,600 cadangan daripada orang ramai bagi hidangan bajet melalui portal CrowdTaskSG semasa pelancarannya pada akhir Oktober 2023.
Baucar CDC 2024 juga boleh digunakan untuk membeli hidangan bajet yang tersenarai.
“Apabila penduduk meneroka estet kejiranan untuk membelanjakan baucar CDC, mereka mengambil langkah untuk menyokong penjaja di situ,” kata Cik Low.
Pada musim panas ini, taman air Adventure Cove Waterpark di Resorts World Sentosa akan menganjurkan festival buih taman air terbesar di Singapura, Bubble Fiesta, bagi mengatasi cuaca panas terik.
Buih
Syarikat penerbangan tambang murah, Scoot, memulakan operasi pesawat terbarunya, Embraer E190-E2, dengan penerbangan ke Krabi dan Hat Yai, kedua-duanya di Thailand, pada 7 Mei.
Scoot merancang
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Juster
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika

Dengan menyediakan hidangan bajet, penjaja juga dapat menyumbang kembali kepada masyarakat.
“Ini menunjukkan sokongan dan kerjasama lebih kukuh dalam masyarakat,” tambah Cik Low.
Isi rumah Singapura mempunyai masa hingga 31 Disember 2024 untuk menggunakan Baucar CDC 2024.
Selepas salah seorang anggota isi rumah menuntut baucar CDC, mereka kemudian boleh berkongsi dengan anggota lain isi rumah mereka dengan menghantar pautan baucar kepada mereka.
Pautan rasmi untuk menebus baucar CDC ialah go.gov.sg/cdcv.
Mereka boleh mencari senarai cawangan yang mengambil bahagian di go.gov.sg/cdcvouchers.