Bagi Cik Dalila Hussain, 67 tahun, yang bersara lebih 10 tahun lalu, Pakej Jaminan yang beliau terima banyak membantunya menangani kos perbelanjaan hariannya.
Dek kecederaan tangan yang dialami lebih sedekad lalu, beliau tidak dapat lagi bekerja sebagai seorang penolong gerai makanan kerana ditakuti kecederaannya akan bertambah.
“Alhamdulillah, saya amat bersyukur dapat bantuan ini. Dapat juga ia membantu saya dan suami saya dengan pembayaran bil api air dan juga perbelanjaan barang dapur.
“Sejak saya tidak dapat bekerja, saya sering bimbang bagaimana tentang bayar bil dan belanja untuk keperluan harian,” ujar Cik Dalila.
Semasa satu temu bual bersama Berita Harian, Cik Dalila berkata beliau amat menghargai Bonus Warga Emas dan tokokan Medisave yang bakal beliau terima pada Februari.
Pada 15 Januari, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan rakyat Singapura berumur 20 tahun dan ke bawah dan 55 tahun dan ke atas akan menerima tokokan $150 dalam akaun Medisave mereka.
Selain itu, warga emas Singapura berpendapatan rendah yang berumur 55 tahun dan ke atas juga akan menerima Bonus Warga Emas antara $200 hingga $300.
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika
Menghadap pelbagai produk penjagaan kulit, daripada krim mewah hingga serum berteknologi tinggi, kita sering terfikir sama ada mengeluarkan wang untuk ramuan yang mahal benar-benar wajar.
Bahkan dalam
Apabila diberi amanah mengkaji dan menggali lebih dalam lagi pelbagai versi cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah, penulis naskhah pentas dari seberang Tambak, Ridhwan Saidi, teruja tetapi akur
Berikan apa jua watak kepada pelakon Malaysia, Nabila Huda Suhaimi, 39 tahun dan pastinya beliau dapat menyampaikannya dengan penuh semangat kerana dunia lakonan itu sudah sebati dengan dirinya.
Kini
Beliau boleh saja memilih untuk kekal bekerja dalam sekitaran berhawa dingin seperti di tempat kerja lamanya dalam bidang makanan dan minuman (F&B).
Namun, Cik Nur Sharmin rela bertukar kerjaya, sekali

“Duit ini sedikit sebanyak saya boleh guna untuk jumpa doktor kelak. Walaupun saya mempunyai sedikit wang dalam Medisave, memandangkan saya kerap jumpa doktor saya sering capai had pengeluaran Medisave,” kata Cik Dalila.
Menurut Cik Dalila, yang tinggal bersama suaminya, Encik Saman Ismail, di sebuah flat lima bilik di Ubi, beliau tidak mempunyai wang simpanan.
Suaminya, yang berumur 73 tahun dan juga telah bersara, bekerja sambilan sebagai pengawal keselamatan untuk menampung belanja harian mereka.
Kedua-dua anak mereka yang telah mendirikan rumah tangga mengunjungi mereka setiap bulan dan membelikan barang dapur dan makanan. Namun, Cik Dalila berkata beliau tidak ingin membebankan anak-anaknya kerana mereka mempunyai keluarga sendiri.
Pada Disember 2023, beliau dan suaminya menerima $800 setiap seorang di bawah sokongan Pakej Jaminan. Pada Januari ini pula, beliau menerima Baucar CDC sebanyak $500.
Namun, dengan kos perubatan dan perbelanjaan harian semakin meningkat, Cik Dalila berharap pemerintah dapat meningkatkan lagi bantuan kewangan, khususnya bagi warga emas.
“Dengan harga barang semakin meningkat, memang tak cukup untuk perbelanjaan harian. Saya harap pemerintah boleh timbangkan memberi warga emas lebih banyak bantuan setiap suku tahun, selain pemberian tahunan sahaja,” kata Cik Dalila.