Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL DARAT SG-M’SIA DIPERLUAS

Sanggup beli tiket pesawat dan tiket bas untuk pulang ke Johor

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Awaluddin Masnor ghairah dan gembira untuk pulang ke Johor, setelah lebih setahun tidak bersua muka bersama keluarganya.



Pembuat kertas berusia 51 tahun itu tidak sabar mahu pulang dan meluangkan masa bersama keluarga.



Bahkan bapa kepada empat anak berusia antara tujuh hingga 17 tahun itu berkata beliau sebenarnya telah membeli tiket pesawat bagi Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) Udara dan sepatutnya berangkat semalam.



Namun, setelah VTL (Darat) diumumkan, beliau juga membeli tiket bas kerana rumahnya di Johor.



"Kalau naik pesawat, kos belanja lebih tinggi kerana harus mengambil ujian PCR (tindak balas rantaian polimerase) yang jauh lebih mahal daripada ujian ART (Ujian Pantas Antigen)," kata beliau.



Menurutnya, beliau telah 'kehilangan' lebih $200 kerana akhirnya tidak jadi menaiki pesawat untuk pulang.



Biar demikian peluang dapat pulang tidak ternilai baginya.



"Saya amat gembira untuk pulang. Selama ni tiap-tiap hari video call sahaja, tak dapat sentuh. Dan ini pulang pun, isteri kata banyak kerja repair di rumah," gelak Encik Awaluddin yang akan kembali ke Singapura pada 17 Januari 2022.



Mengongsi pengalaman menggunakan VTL, Encik Awaluddin berkata ia bukan mudah untuk mendapatkan tiket bas.



Selain itu, terdapat pelbagai dokumen yang harus disiapkan serta aplikasi yang harus dimuat naik ke telefon bijak untuk proses yang lancar.



"Kita harus celik teknologi dan saya juga telah gunakan Google dan berusaha memahami akan cara-caranya serta memastikan semua dokumen ada," ujar beliau.



VTL (Darat) diluaskan bermula semalam kepada warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR).



Perjalanan pelawat yang bermula di Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands ataupun di Terminal Bas di Queens Street.



Tinjauan Berita Harian di Woodlands dan mendapati keadaan teratur dan berjalan lancar dengan pegawai pengendali Transtar bersikap proaktif untuk membantu dan mengarahkan penumpang mengikut langkah tertentu.



Sebanyak lapan lagi perkhidmatan bas ditambah bagi pengendali bas, Transtar, di Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands untuk menampung lebih penumpang, setiap arah.



Bagi Cik Nur Syahirah Begum Haniff Mohammed, 26 tahun, pula meluahkan bahawa beliau sangat merindukan Johor Bahru dan dalam pada itu, ghairah memperkenalkan bayi perempuannya yang berusia setahun itu kepada keluarganya di Ulu Tiram.



Suaminya, Encik Osman Kunji Poker, warga Malaysia, berkongsi bahawa mereka sekeluarga ghairah kerana ini merupakan 'percutian' pertama keluarganya.



"Kami bersyukur kini kami sekeluarga dapat pulang dan bersatu setelah kian lama tidak berjumpa," ujar juruukur itu yang berusia 34 tahun.



Turut pulang bersama mereka adalah abang iparnya Encik Ahamathul Rifayi Musa, 52 tahun, dan mereka semua akan kembali ke Singapura pada 17 Januari 2022.



Selain itu Encik Yusoff Riduan, warga Singapura berusia 32 tahun, turut berkata proses tempahan tiket bas amat mencabar.



"Kami menggunakan lebih dua peranti untuk cuba menempah tiket. Alhamdulillah, kami berjaya mendapat tiket pergi balik untuk perjalanan ini," ujar penyelia logistik itu.



Oleh kerana cutinya tidak panjang, pihaknya hanya akan mengunjungi keluarga isterinya, di Pontian, Johor, dan berada di sana selama empat hari sahaja.



Isterinya, Cik Nurul Ayu Mohd Noor sudah menjadi Penduduk Tetap (PR) Singapura lalu tidak memenuhi kriteria bagi VTL (Darat) sebelum ini.



Tambahan pula, beliau masih menyusukan anak keduanya yang berusia lima bulan justeru tidak dapat pulang.



Semalam juga merupakan hari pertama bagi warga Malaysia memasuki Singapura menerusi VTL darat.



Di bahagian lain pusat tukaran bas itu, terdapat beberapa orang yang sedang menunggu ketibaan keluarga atau rakan mereka dari Malaysia.



Antaranya adalah Cik Mardiana Yusop, 43 tahun, yang sedang menunggu bakal suaminya dari Kelantan.



Pasangan itu telah berkenalan menerusi aplikasi dalam talian sekitar lapan bulan lalu.



Menunggu sekitar dua jam sebelum Encik Mohamad Bukhari Abdullah selesai ART dan juga memenuhi semua syarat setibanya di Singapura, pasangan itu akhirnya bertemu.



"Peraturan di Singapura tegas dan ketat dan saya gembira dan bersyukur saya sudah sampai," ujar pekerja perkhidmatan awam di Kelantan yang berusia 39 tahun itu.



Beliau akan berada di Singapura hingga akhir bulan ini.



Cik Mardiana juga meluahkan rancangan untuk membawa ibunya yang menetap di Klang untuk kunjung ke Singapura dan beliau juga mungkin akan mengunjungi Kelantan Jun tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >