Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin). Semua ini mempengaruhi kesihatan mental pada akhirnya.
Jika anda sedang merancang untuk memulakan keluarga atau baru saja memulakannya, terdapat banyak perkara yang perlu anda ketahui dan salah satu cara untuk sentiasa berhubung dengan perkembangan terkini dalam bidang kesihatan dan ibu bapa adalah dengan menghadiri acara, forum atau sesi perbincangan individu yang akan meningkatkan pengetahuan.