Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej umrah laris hingga hujung tahun, GSA tidak lagi 'tercungap'

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



BAK pisang goreng panas.



Permintaan bagi pakej umrah kini begitu tinggi sehingga pakej yang ditawarkan beberapa ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) bagi hujung tahun ini telah habis ditempah.



Beberapa GSA memberitahu Berita Harian bahawa ini antara lain disebabkan orang ramai yang ingin memenuhi hajat ke Tanah Suci selepas sekitar dua tahun tidak dapat melakukan demikian dek pelbagai sekatan perjalanan untuk membendung penularan Covid-19.



Tambah mereka, cuti sekolah hujung tahun juga lebih lama tempohnya dan oleh itu adalah lebih sesuai menunaikan umrah bersama keluarga.



Ketika dihubungi baru-baru ini, pengarah urusan Nurhikmah Travel and Tours, Haji Abdul Rahim Mohd Jahn, berkata kesemua pakej umrah yang ditawarkan bagi November dan Disember sudah habis ditempah.



Malah tambahnya, terdapat beberapa pelanggan dalam senarai menunggu.



"Tahun ini kami melihat permintaan tinggi bagi pakej umrah mungkin sebab orang ramai tak boleh ke mana-mana bagi sebahagian besar 2020 dan 2021 kerana ada banyak sekatan Covid-19.



"Sebab itulah tahun ini, ramai yang nak pergi menunaikan umrah untuk memenuhi hajat mereka yang tertangguh itu," ujar Encik Rahim.



Musim umrah bermula semula pada 30 Julai lalu selepas selesai musim haji terbesar era Covid-19.



Menurut Encik Rahim, syarikatnya telah membawa jemaah menunaikan umrah awal tahun ini termasuk semasa Ramadan.



"Alhamdulillah respons daripada jemaah Singapura baik dan kini sudah mencapai sekitar 40 peratus berbanding tahap sebelum pandemik.



"Kini, GSA seperti kami tak 'tercungap-cungap' lagi dan tak lagi memerlukan 'oksigen' (akibat terjejas dengan Covid-19)," ujarnya.



Meskipun harga pakej yang ditawarkan GSA yang dihubungi akhbar ini juga meningkat dek inflasi, mereka berkata jemaah memahami keadaan dan ini tidak menghambat mereka daripada terus memenuhi hajat masing-masing.



Disebabkan inflasi, pemilik TM Fouzy Travel & Tours, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, berkata pakej umrah yang ditawarkan syarikatnya kini kira-kira 5 peratus lebih tinggi berbanding sebelum Covid-19 hingga mencecah sekitar $4,000 seorang bagi pakej 12 hari sekarang.



Tambahnya, ini antara lain disebabkan harga penginapan dan pengangkutan yang lebih tinggi kini.



Meskipun terdapat permintaan lebih tinggi bagi pakej umrah hujung tahun ini, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy berkata tiket yang ditawarkan syarikat penerbangan amat terhad.



"Antara lain, tiket yang ditawarkan syarikat penerbangan negara Teluk terhad kerana mereka juga telah memperuntuk tiket bagi penumpang yang ingin ke Qatar bagi Piala Dunia Fifa pada hujung tahun ini.



"Kalau ada tiket pun, harganya tinggi," ujar beliau.



Tambahnya, 99 peratus daripada tempat yang ditawarkan syarikatnya bagi pakej umrah hujung tahun ini sudah ditempah sejauh ini.



Laporan lanjut: Permintaan umrah meningkat






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >