Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERMINTAAN UMRAH MENINGKAT

Semangat, ghairah ingin tunaikan umrah buat pertama kali

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



TIADA kata yang dapat menggambarkan perasaan gembira yang dirasai Encik Muhammad Azzli Abdul Aziz sebaik sahaja beliau melakukan pembayaran bagi menunaikan umrah baru-baru ini.



Selalu mendengar kisah-kisah rakan serta keluarga sekelilingnya menunaikan ibadah umrah mendorong Encik Azzli, 30 tahun, untuk melakukan yang sama.



Beliau melahirkan perasaan ghairah untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kali Disember ini.



"Ketika saya membesar, ibu bapa saya selalu mengongsi pengalaman mereka menunaikan umrah bersama.



"Memang menarik, banyak cabaran yang mereka lalui tetapi ketika di sana, ibu saya berkata pengalaman itu amat manis dan tidak dapat dilupakan.



"Apabila saya dewasa dan melihat ramai kenalan saya menunaikan ibadah umrah, saya pun tergerak hati untuk ke Tanah Suci dan menanam niat untuk ke sana," kata beliau yang merupakan seorang jurulatih kecergasan di Neue Fit SG yang terletak di Kallang Wave Mall.



Tidak berpeluang ke sana sebelum ini, Encik Azzli berkata beliau mula melakukan penyelidikannya awal tahun ini.



Katanya, beliau banyak meninjau laman Instagram serta Facebook untuk mencari pakej yang sesuai baginya.



Antara faktor yang dipertimbangkan sebelum memilih pakej yang dibeli adalah harga yang berpatutan serta bimbingan yang baik sepanjang perjalanannya di sana.



Dijangka mengikuti rombongan Mumtaz Holidays and Tours, anak bongsu daripada empat beradik itu bakal mengambil pakej umrah selama 12 hari.



Untuk pakej ini, beliau berbelanja sebanyak $3,688. Menurutnya, pakej ini tidak termasuk kos insurans yang beliau harus dapatkan sendiri.



Demi menampung kos perbelanjaan ini, Encik Azzli kini bekerja sebagai penghantar makanan dalam masa luangnya.



"Bagi saya, pakej ini walaupun tidak termasuk insurans, berpatutan.



"Makanan dan minuman ada, tempat tinggal di Makkah dan Madinah pun lima minit dari masjid masing-masing dan pengangkutan," katanya yang akan ke sana bersama seorang rakan.



"Mungkin ada segelintir orang berkata pakej ini mahal, saya rasa ini adalah sesuatu yang saya telah menjangkakan dengan inflasi berlaku di mana-mana.



"Jika saya dapat berbelanja untuk barangan atau aktiviti seharian lain, saya rasa ia wajar saya lakukan yang sama untuk ibadah umrah," tambahnya.



Tidak sabar untuk melakukan perjalanan itu akhir tahun nanti, Encik Azzli berkata beliau sudah mula untuk mendapatkan maklumat tentang keadaan di sana.



"Saya rasa keadaan Covid-19 kini lebih baik dan usah saya khuatir.



"Saya dapat tahu masjid-masjid di sana kini sudah beroperasi seperti biasa.



"Di luar masjid, orang ramai tidak perlu lagi menggunakan pelitup di tempat awam," katanya yang sudah lengkap dengan dos penggalak vaksin Covid-19.



Namun begitu, beliau akur bahawa ia masih penting untuk menjaga kebersihan peribadi dan menjalankan tanggungjawab sosial di sana supaya tidak menjejaskan orang lain.




"Mungkin ada segelintir orang berkata pakej ini mahal, saya rasa ini adalah sesuatu yang saya telah menjangkakan dengan inflasi berlaku di mana-mana.

Jika saya dapat berbelanja untuk barangan atau aktiviti seharian lain, saya rasa ia wajar untuk saya lakukan yang sama untuk ibadah umrah."

- Encik Muhammad Azzli Abdul Aziz, 30 tahun, yang bakal menunaikan ibadah umrah buat pertama kali Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >