Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENDIDIKAN NASIONAL MENJELANG SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Murid ghairah tonton pertunjukan NE pertama

Jul 03, 2022 | 05:30 AM



SORAKAN ribuan kanak-kanak bersorak riang bergema di Pentas Terapung Marina Bay semalam sedang persembahan pendidikan nasional (NE) berlangsung buat pertama kali setelah ditiadakan sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.



Kegembiraan dan keghairahan murid darjah lima jelas terpancar sedang mereka mengibarkan bendera sambil menyaksikan pertunjukan udara seperti lintasan jet pejuang, perbarisan kumpulan berpakaian seragam dan persembahan berwarna-warni.



Seawal 4.30 petang, murid-murid sudah dilihat memenuhi tempat-tempat duduk di Pentas Terapung Marina Bay - yang boleh menampung sehingga 26,000 orang.



Walaupun cuaca panas, mereka bersemangat menantikan acara untuk bermula sekitar 5.30 petang.



Pemakaian pelitup juga tidak diwajibkan memandangkan mereka berada di luar bangunan.



Antara murid darjah lima yang hadir semalam ialah Muhammad Aahil Muhammad Faizal.



Murid Sekolah Rendah Greendale di Punggol itu menzahirkan rasa bangga kerana merupakan antara orang pertama yang dapat menonton raptai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pertama yang dibuka kepada awam.



Ketika ditanya apa segmen kegemarannya, beliau berkata ia adalah apabila pasukan Red Lions membuat terjun payung.



"Setiap tahun, saya hanya menontonnya di televisyen jadi saya tak dapat mengalami suasana di Pentas Terapung Marina Bay dengan sepenuhnya tetapi hari ini saya dapat rasa suasananya," ujar murid berusia 11 tahun itu.



Mengulas, Pengerusi Jawatankuasa Undangan, Meletak Kereta dan Menunjukkan Tempat Duduk, dan Keselamatan (SICUS) NDP 2022, Leftenan Kolonel (LTC) Law Angwei berkata, NDP merupakan acara kebangsaan utama yang meraikan kemerdekaan Singapura.



Acara berskala besar ini memberi peluang untuk membawa semula murid darjah lima untuk menonton persembahan NE secara fizikal.



"Jawatankuasa eksekutif NDP 2022 telah bekerjasama rapat dengan rakan untuk memastikan persembahan NE kembali secara selamat dan mengikuti garis panduan nasional. Jawatankuasa eksekutif NDP 2022 terus memantau keadaan nasional dan kekal mampu menyesuaikan diri dan pantas (agile) untuk melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan jika perlu," katanya.



Penolong Pengarah, Kumpulan Berseragam, Cawangan Pendidikan Kewarganegaraan dan Perwatakan (Character), Divisyen Kurikulum Pembangunan Pelajar di Kementerian Pendidikan (MOE), Encik Tan Kean Loong berkata, persembahan NE merupakan pengalaman pembelajaran pelajar utama di mana pelajar dapat berkumpul dan menghargai dengan lebih mendalam apa ertinya menjadi seorang warga Singapura, dan juga meraikan pencapaian Singapura.



"Menerusi pengalaman kolektif ini, kita juga akan mempunyai penghargaan lebih mendalam mengenai apa yang kita boleh lakukan sebagai satu rakyat (nation) dan bagaimana kita boleh mara (forge ahead) sebagai satu negara (nation) pada masa depan," tambahnya.



Ini merupakan persembahan NE pertama dalam tiga persembahan yang diadakan.



Dua lagi persembahan NE akan berlangsung pada 9 Julai dan 16 Julai ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >