Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENDIDIKAN NASIONAL MENJELANG SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Gembira dapat saksikan raptai NDP secara langsung

Jul 03, 2022 | 05:30 AM



SEUMUR hidupnya, Tia Irlysa Muhammad Farhan hanya dapat menonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di televisyen bersama keluarganya.



Kini, pelajar darjah lima itu dan rakan-rakannya dapat menyaksikan secara langsung buat pertama kali, meskipun ia sekadar raptai.



Murid Sekolah Rendah Greendale dari Punggol itu merupakan antara ribuan murid darjah lima yang menyaksikan raptai NDP yang juga pertunjukan Pendidikan Nasional (NE) pertama tahun ini di di Pentas Terapung Marina Bay semalam.



Ini adalah kali pertama ia diadakan sejak pandemik Covid-19 dua tahun lalu.



Ketika ditemui, Tia Irlysa berkata, pengalaman menyaksikan NDP secara langsung amat istimewa kerana beliau akan dapat menikmati suasana acara yang luar biasa itu.



Malah keghairahan turut dirasai di antara rakan-rakannya dan gurunya sebelum pergi ke lokasi itu.



"Suasana di sini memang berbeza, lebih menarik sebab semuanya 'secara langsung'' di depan mata.



"Malah, kami rasa lebih bersemangat kerana dapat menikmati pertunjukan dan bersorak bersama!" ujarnya.



Ditanya apakah segmen kegemarannya, Tia Irlysa berkata beliau tidak dapat sabar menantikan persembahan oleh penyanyi kegemarannya, Taufik Batisah yang akan mendendangkan lagu tema NDP 2022, Stronger Together (Lebih Kukuh Bersama).



"Ghairah juga sebab selalunya saya hanya dapat tengok beliau bernyanyi di TV atau dalam talian sahaja.



"Kini, saya dapat ikut sama dan nyanyi lagu tema kebangsaan itu bersama rakan-rakan saya," katanya dengan penuh senyuman.



'Lautan manusia' merah dan putih membanjiri lokasi itu sepanjang acara selama hampir tiga jam bermula sekitar 5.30 petang semalam.



Keghairahan sekitar 26,000 penonton itu jelas terserlah dengan sorakan mereka berkumandang di sekeliling Pentas Terapung Marina Bay.



Namun, pertunjukan bunga api jelas menjadi tarikan utama Tia Irlysa dan mereka yang hadir.



"Saya berharap saya dapat berpeluang menonton persembahan NDP ini secara langsung bersama keluarga saya pula tahun depan!" katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >