Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Poliklinik Kallang tawar sistem urus vaksin automatik

May 08, 2022 | 05:30 AM



ANTARA ciri serta khidmat penjagaan kesihatan holistik bagi pesakit di Poliklinik Kallang adalah sebuah sistem pengurusan vaksin automatik serta sebuah model penjagaan kesihatan yang mana pesakit bekerjasama dengan doktor untuk merancang pelan rawatan mereka.



Sitem Vaksinasi Bijak yang dipanggil SMARTvacc itu berbentuk mesin layan diri atau 'vending machine,' membolehkan jururawat memilih pelbagai jenis vaksin yang diperlukan pesakit seperti suntikan influenza.



Selepas jenis suntikan yang diperlukan telah dipilih, sistem itu akan mengeluarkannya dalam lebih kurang lima minit.



Jururawat boleh membuat penelitian sama ada vaksin yang dikeluarkan itu adalah tepat dengan mengimbaskannya menerusi sebuah ciri sistem pengesahan imej yang dilengkapkan dalam kemudahan itu.



Sebelum ini, jururawat perlu mengeluarkan vaksin daripada peti sejuk, mencari vaksin yang diperlukan dan juga harus memeriksa keberadaan stok yang tersedia.



Sistem baru itu yang masih dalam tahap percubaan membolehkan jururawat menjimatkan waktu tugas sehingga 45 minit kerana ia memantau bekalan stok secara langsung berbanding merekodkan stok vaksin secara manual.



Tujuannya adalah untuk membolehkan jururawat memberi tumpuan kepada khidmat jagaan kesihatan pesakit dan mengurangkan risiko membuat kesilapan, seperti memberi vaksin yang salah kepada pesakit.



Ketua Poliklinik Kalla*ng, Dr Valerie Teo, berkata: "Sedang kami melangkah ke arah pendigitalan dan automasi, kami perlu berinovasi, khususnya terhadap penjagaan kesihatan utama kami, memperbaiki keberkesanan serta mempertingkat keselamatan para pesakit."



Selain sistem vaksinasi bijak itu, Poliklinik Kallang - sama seperti poliklinik lain di sini - akan menerapkan Model Penjagaan Teamlet.



Di bawah model itu, pesakit penyakit kronik, selepas menjalani pemeriksaan akan diletakkan di dalam sebuah pasukan kecil, atau teamlet, yang terdiri daripada dua Doktor Keluarga, seorang pengurus dan penyelaras penjagaan kesihatan.



Setiap teamlet membolehkan pembinaan hubungan erat bersama pesakit supaya ia akan membolehkan mereka mengambil berat terhadap kesihatan mereka sendiri, kata Dr Karen Ng, ketua perkhidmatan klinikal, Poliklinik NHG.



Poliklinik Kallang juga poliklinik NHG pertama yang memperkenalkan sebuah Majlis Penasihat Pesakit terdiri daripada tujuh penduduk kejiranan Kallang yang juga merupakan pesakit di klinik itu.



Menurut seorang anggota majlis berkenaan, Encik Peter Seah, 68 tahun, beliau menyertainya kerana ingin menyumbang kepada inisiatif baru yang dapat dimanfaatkan pesakit poliklinik tersebut.



Ditubuhkan tahun lalu, ia turut telah mencipta pelbagai huraian bagi pesakit seperti memudahkan lagi arahan penggunaan mesin pemeriksaan tekanan darah kendiri.



Menurut NHG, Poliklinik Kallang yang telah beroperasi sejak Oktober lalu menawarkan khidmat kepada penduduk sebuah kawasan di mana setiap satu dalam lima penduduk berusia 65 tahun dan ke atas dan sekitar 60 peratus penduduk berusia 40 tahun dan ke atas.



"Dengan kawasan di keliling Poliklinik Kallang dibina semula dengan beberapa projek perumahan awam baru, sudah tentu kami akan melihat lebih ramai keluarga muda yang akan menerima manfaat daripada perkhidmatan yang ditawarnya pada tahun-tahun akan datang," kata Dr Ng lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >