Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MEMPERINGATI 2 DEKAD PENANGKAPAN JI DI S’PURA

Bertungkus lumus rungkai pelan elak SG jadi sasaran serangan

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



BAGAIMANA ISD JEJAK ANGGOTA JI



APABILA beliau masuk bekerja pada Sabtu, 8 Disember 2001, Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Cik Wei Ling (bukan nama sebenar) anggap bahawa tugas yang akan dilakukan mampu diselesaikan pada hujung minggu tersebut.



Bagaimanapun, menjelang malam, Cik Wei Ling, yang masih merupakan seorang penganalisis penyelidikan muda pada masa itu, menyedari bahawa anggapannya itu salah.



Pihak ISD telah menemui bahan bukti besar dan sedang bertungkus lumus untuk menghentikan kemungkinan serangan daripada berlaku di tanah Singapura.



Mulai detik itu, pasukan daripada ISD terpaksa mengharungi perjalanan yang penuh liku dan pergolakan emosi untuk cuba merungkai rancangan dari kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI).



"Pastinya kami agak terkejut tetapi kami tahu kami perlu segera melakukan tugas dengan adanya maklumat-maklumat yang diperolehi dengan penahanan rakan-rakan Mohammad Aslam Yar Ali Khan (lelaki warga Singapura yang didakwa mempunyai hubungan dengan pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden).



"Kami kemudian mendapat tahu bahawa mereka sebenarnya adalah ahli kumpulan pengganas yang dikenali sebagai JI," kata Cik Wei Ling, yang baru dua tahun berkhidmat apabila kes ini berlaku.



Dengan tenaga kerja yang kecil untuk mengendalikan maklumat besar yang mereka perolehi, pasukan penyelidik terpaksa meminta bantuan dan bekerja 24 jam sepanjang masa dengan aturan dua syif.



Bekerja rapat dan secara langsung dengan pasukan operasi, mereka menumpukan usaha mendapatkan maklumat penting daripada tahanan JI.



"Ia amat mencabar pada mulanya kerana anggota JI yang kami tahan tidak mahu bercakap atau mengongsi sebarang informasi. Ini bermakna kita tidak tahu apa yang perlu diberi perhatian utama.



"Rasanya hampir seperti kami cuba menyusun dan menyelesaikan 10,000 keping teka-teki 'jigsaw'," tambah Cik Wei Ling.



Selama beberapa hari, pasukan penyelidik ISD terpaksa melalui proses yang berulang.



Tanpa berputus asa, mereka memeriksa sejumlah besar maklumat dan barang-barangan yang dirampas dan dibawa pulang dari rumah anggota JI.



Antara barang yang dirampas termasuk buku agama, album foto, buku nota fizikal dan kad nama.



"Kami tidak tahu apa sebenarnya yang kami cari. Kadang-kala kami hanya harus mengikut naluri apabila anda fikir anda telah temui sesuatu yang penting," katanya lagi.



Menceritakan, Cik Wei Ling berkata salah satu detik penting dalam siasatan itu termasuk penemuan disket milik seorang anggota utama JI. Disket tersebut mengandungi arahan bagaimana untuk membuat bom.



Dalam penemuan lain, ISD juga berjaya memperolehi VCD yang dilabel 'Visiting Singapore Sightseeing'. VCD tersebut mengandungi rakaman video sasaran serangan JI di sini.



Menurut Cik Wei Ling, penemuan itu "benar-benar memberi mereka kesedaran bahawa memang ada warga Singapura yang berniat untuk menyerang Singapura."Dari situ saya rasa ia telah membuat kami lebih bersemangat untuk benar-benar melakukan kerja kami dan memastikan bahawa serangan tidak berlaku di sini sama sekali," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >