Permintaan bagi flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) merosot pada Februari 2024, sedang harga flat terus menunjukkan trend meningkat, walaupun pada kadar lebih perlahan berbanding kenaikan harga pada Januari.
Berdasarkan data awal oleh SRX dan 99.co yang dikeluarkan pada 4 Mac, harga jualan semula flat HDB meningkat 0.5 peratus daripada paras Januari, didorong oleh kenaikan 0.5 peratus bagi harga flat di estet matang dan kenaikan 0.3 peratus bagi harga flat di estet bukan matang.
Ketua Pegawai Data dan Analitik di 99.co, Encik Luqman Hakim, berkata harga flat jualan semula pada Februari 2024 naik “pada kadar lebih sederhana” berbanding kenaikan kukuh 1.5 peratus pada Januari.
Harga flat empat bilik mencatat lonjakan terbesar iaitu 9.6 peratus, manakala harga flat lima bilik jualan semula turun 0.4 peratus.
Harga flat tiga bilik meningkat 0.9 peratus, dan harga flat eksekutif pula naik 0.7 peratus, menurut laporan, The Business Times (BT).
Secara keseluruhan, kenaikan harga flat jualan semula pada Februari 2024 ialah 6.4 peratus berbanding Februari 2023, dengan semua jenis flat mencatat kenaikan harga.
Harga flat di estet matang naik 6.1 peratus dari tempoh sama Pada 2023, dan harga flat di estet bukan matang meningkat 5.9 peratus.
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika
Menghadap pelbagai produk penjagaan kulit, daripada krim mewah hingga serum berteknologi tinggi, kita sering terfikir sama ada mengeluarkan wang untuk ramuan yang mahal benar-benar wajar.
Bahkan dalam
Apabila diberi amanah mengkaji dan menggali lebih dalam lagi pelbagai versi cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah, penulis naskhah pentas dari seberang Tambak, Ridhwan Saidi, teruja tetapi akur
Berikan apa jua watak kepada pelakon Malaysia, Nabila Huda Suhaimi, 39 tahun dan pastinya beliau dapat menyampaikannya dengan penuh semangat kerana dunia lakonan itu sudah sebati dengan dirinya.
Kini
Beliau boleh saja memilih untuk kekal bekerja dalam sekitaran berhawa dingin seperti di tempat kerja lamanya dalam bidang makanan dan minuman (F&B).
Namun, Cik Nur Sharmin rela bertukar kerjaya, sekali
Sebagai penerima geran Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS), Cik Nor Djannah Djohan, mendapat sokongan yang tidak ternilai dalam usahanya mengejar kecemerlangan linguistik.
Selain membantu

Flat lima bilik mencatat kenaikan harga terbesar 7 peratus berbanding Februari 2023, diikuti flat empat bilik pada 6.3 peratus, flat eksekutif pada 6.2 peratus dan flat tiga bilik pada 5.4 peratus.
Ketua Penyelidik dan Pakar Strategi, OrangeTee Group, Cik Christine Sun, berkata harga flat HDB “mungkin menghadapi tekanan meningkat” dalam beberapa bulan akan datang di tengah-tengah permintaan meningkat daripada pemohon kali pertama, di samping lebih ramai pemilik rumah privet yang perlu memenuhi tempoh menunggu 15 bulan sebelum dibenarkan membeli flat HDB lebih kecil.
“Memandangkan pelancaran jualan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) seterusnya diadakan empat bulan kemudian, dan bukannya tiga bulan, kami menjangka lebih ramai pembeli kali pertama, terutama mereka yang memerlukan rumah dengan segera, beralih ke pasaran jualan semula,” jelas beliau.
Ketua Eksekutif, Huttons Asia, Encik Mark Yip, turut menjangka lebih banyak urus niaga jual beli dalam pasaran jualan semula pada masa depan disebabkan penantian berbulan-bulan untuk jualan BTO seterusnya, dan ketiadaan Jualan Baki Flat (SBF) pada 2024.
Beliau menganggar sekitar 25,000 hingga 27,000 flat jualan semula akan bertukar tangan sepanjang 2024.
Sebanyak 2,134 flat jualan semula dijual pada Februari 2024, turun 18.8 peratus berbanding Januari.