Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga flat jualan semula HDB naik 1.5% pada Jan

Feb 06, 2024 | 05:04 PM



Harga flat jualan semula memulakan tahun ini dengan menampakkan keuntungan, iaitu meningkat 1.5 peratus pada Januari, berbanding bulan sebelumnya iaitu Disember, seiring lonjakan urus niaga bermusim.

Cik Christine Sun, ketua penyelidik dan pakar strategi di OrangeTee & Tie, berkata ini adalah kali pertama harga naik lebih 1 peratus pada bulan itu sejak April 2023.

Berdasarkan data oleh SRX dan 99.co yang dikeluarkan 6 Februari, lonjakan harga flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) daripada bulan sebelumnya, didorong pertumbuhan harga di kedua-dua estet perumahan lama (naik 1.1 peratus) dan estet baru (naik 1.5 peratus).

Harga untuk semua jenis bilik, meningkat berbanding Disember 2023, dengan flat lima bilik mencatat kenaikan terbesar iaitu 2.1 peratus.

Ini diikuti unit tiga bilik (1.7 peratus), flat empat bilik sebanyak 0.9 peratus, dan unit eksekutif sebanyak 0.8 peratus.

Cik Sun berkata kenaikan harga flat lima bilik pada Januari 2024 berikutan lonjakan permintaan, yang “dalam jangkaan” memandangkan jangkaan permintaan untuk flat besar berkemungkinan meningkat tahun ini.

“Ini kerana kumpulan pertama pemilik hartanah kediaman persendirian yang berhasrat membeli flat jualan semula HDB akan menamatkan tempoh menunggu 15 bulan mereka, mulai Januari tahun ini, sejak pelaksanaan peraturan itu pada September 2022,” katanya seperti dipetik akhbar Business Times.

“Ada juga yang mempunyai kemampuan kewangan untuk membeli flat lebih besar. Sementara yang lain mungkin mendapati lebih ‘berbaloi’ membeli unit yang besar.”

Ketua eksekutif Huttons Asia, Encik Mark Yip, berkata bertambahnya bekalan flat HDB bagi bulan tersebut menyebabkan lebih banyak urus niaga terlaksana dengan memberi pembeli lebih banyak pilihan.

Beliau anggarkan bahawa 5 hingga 10 peratus pembeli bagi bulan itu adalah bekas pemilik harta persendirian, yang mungkin telah menaikkan bilangan jualan flat lima bilik dan eksekutif.

Harga jualan semula HDB meningkat 5.7 peratus dalam tempoh setahun dengan harga untuk semua jenis bilik meningkat secara menyeluruh dengan harga di estet matang meningkat sebanyak 5.4 peratus, dan 5.5 peratus lagi di estet perumahan tidak matang.

Pertumbuhan harga tahun ke tahun, sekali lagi diterajui kenaikan harga bagi unit lima bilik (6.4 peratus), diikuti empat bilik (5.5 peratus), unit eksekutif (5.2 peratus) dan tiga bilik (4.6 peratus).

Terdapat 2,629 flat jualan semula HDB yang diurus niagakan pada Januari 2024 – mewakili peningkatan 30.8 peratus berbanding bulan sebelumnya, dan 2.1 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Majoriti atau 45.6 peratus urus niaga adalah berdasarkan unit empat bilik, manakala 24.1 peratus adalah untuk flat tiga bilik.

Lagi 23.8 peratus urus niaga adalah untuk unit lima bilik, dan 6.5 peratus daripada jenis flat eksekutif.

Berdasarkan estet perumahan, 62.3 peratus daripada bilangan jualan semula Januari, datang daripada estet tidak matang, dengan baki 37.7 peratus daripada estet matang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >