Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia, Saudi kerjasama guna aplikasi Nusuk daftar jemaah umrah

Mar 26, 2024 | 03:03 PM



JAKARTA: Kementerian Ehwal Agama kini bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi dalam penggunaan Nusuk, aplikasi digital yang dipelopori Arab Saudi yang digunakan untuk pendaftaran umrah, Menteri Yaqut Cholil Qoumas memaklumkan pada 25 Mac.


“Di sana, saya menyemak aplikasi Nusuk untuk meneroka cara pemerintah Indonesia memberi kerjasama (dalam penggunaan aplikasi itu).

“Kerajaan Arab Saudi menggunakan Nusuk sebagai aplikasi untuk ziarah umrah,” katanya dalam kenyataan yang diterima dari pejabatnya di sini pada 25 Mac.

Beliau membuat kenyataan itu selepas mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, selepas melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.

Pada 21 Mac, sebelum berangkat ke Arab Saudi, Encik Qoumas, berkata bahawa lawatannya ke Arab Saudi itu bertujuan menyemak persiapan pelaksanaan ibadah haji 2024.

Tegasnya, pihaknya terus memperkemas persiapan perkhidmatan haji 2024, termasuk dari segi pengangkutan, penginapan dan makanan.

Menteri itu selanjutnya berkata bahawa beliau merancang untuk memanfaatkan sepenuhnya lawatannya ke negara Teluk itu, untuk mempelajari peraturan mengenai umrah ‘backpacker’ – ziarah yang dijalankan secara bebas tanpa menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ejen pelancongan dan penganjur umrah.

Semasa pertemuan dengan Suruhanjaya VIII Dewan Rakyat pada 18 Mac, menteri ehwal agama itu menekankan keperluan untuk merangka peraturan yang boleh menyesuaikan diri dengan peningkatan populariti umrah ‘backpacker’.

“Peraturan sebegini diperlukan, untuk memastikan kesihatan, keselamatan, dan keselesaan jemaah umrah Indonesia, termasuk yang memilih umrah mandiri,” jelasnya, dipetik agensi berita Antara.


Bagi menyokong penggubalan peraturan itu, beliau berkata Kementerian Ehwal Agama akan menyelaraskan proses tersebut dengan pihak penganjur haji dan umrah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >