Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umrah DIY jadi perdebatan di Indonesia

Feb 23, 2024 | 12:51 PM



JAKARTA: Umrah ‘backpacker’ atau melakukan umrah kendalian kendiri (DIY) yang kian menjadi trend di kalangan rakyat Indonesia kini menjadi perdebatan.


Kementerian Agama melalui Pengarah Bina Umrah dan Haji Khusus, Encik Jaja Jaelani, pada 19 Februari mengumumkan larangan ibadah umrah ‘backpacker’ atau umrah mandiri bagi masyarakat, yang bertentangan dengan peraturan pemerintah di Indonesia.

Namun, Ketua Bidang Dakwah dan Ukhuwah Majlis Ulama Indonesia (MUI), Kiai Cholil Nafis, menyatakan pendapat yang berbeza.

Beliau membenarkan dan menggalakkan masyarakat untuk menunaikan umrah mandiri dengan beberapa syarat.

Beliau berpendapat bahawa akses pengangkutan dan visa yang semakin mudah seharusnya menjadi inovasi baru yang patut dicuba.

“Saya fikir bagus kerana model dan sistemnya juga sudah berubah. Visa, kemudahan akses dan hotel, pembimbing tidak sulit. Pada masa depan, memang kita makin mudah untuk akses keliling di dunia, apalagi umrah lebih dekat dari kita, orang boleh berangkat sendiri, melaksanakan, apalagi ibadahnya ialah ibadah sunah,” ujar Kiai Cholil kepada media Indonesia.

Merujuk kepada larangan umrah ‘backpacker’ oleh Kementerian Agama, Kiai Cholil menjelaskan bahawa aturan itu ditujukan bukan untuk jemaah melainkan kepada penyelenggara umrah.

Umrah ‘backpacker’ katanya tidak melanggar aturan hukum jika jemaah memenuhi persyaratan pentadbiran dan penginapan.

Kementerian Agama menegaskan alasan larangan umrah mandiri dan umrah ‘backpacker’ bagi jemaah Indonesia adalah soal keselamatan jemaah.

“Bagi jemaah yang belum pernah ada pengalaman ke Arab Saudi tentunya akan sangat berbahaya mengingat risiko dalam menjalani ibadah umrah. Jika ada apa-apa, siapa yang akan bertanggungjawab atas keselamatannya?” kata Encik Jaja.

Terdahulu Menteri Agama Encik Yaqut Cholil Qoumas, menyatakan bahawa beliau bakal bertemu dengan kerajaan Arab Saudi untuk membincangkan kegiatan umrah ala pelancong ‘backpacker’. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >