Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas siar video dua tebusan mati selepas tuntut Israel henti bom

Jan 16, 2024 | 02:14 PM



GAZA: Hamas mengeluarkan video yang menunjukkan dua tebusan Israel mati selepas memberi amaran kepada Israel supaya menghentikan pengeboman ke atas Gaza.


Video yang baru dikeluarkan pada 15 Januari itu kononnya menunjukkan mayat Yossi Sharabi, 53 tahun, dan Itai Svirsky, 38 tahun, yang muncul dalam video awal sehari sebelumnya, lapor Reuters.


Video itu juga menunjukkan tebusan Israel ketiga, pelajar universiti, Cik Noa Argamani, 26, kelihatan membaca skrip di hadapan dinding dengan menyatakan kedua-duanya terbunuh akibat serangan Israel.

Jurucakap tentera Israel berkata terdapat kebimbangan serius mengenai nasib tebusan yang dikatakan mati dalam video itu, sambil menyatakan bahawa salah seorang daripada mereka, yang dikenalinya sebagai Encik Svirsky, tidak terbunuh disebabkan tembakan Israel.

“Itai (Svirsky) tidak ditembak oleh pasukan kami. Itu adalah pembohongan Hamas. Bangunan di mana mereka ditahan bukan sasaran dan ia tidak diserang oleh pasukan kami,” kata Laksamana Muda Daniel Hagari.

Atas permintaan keluarga, beliau tidak memberikan nama atau sebarang butiran mengenai orang kedua.

“Kami tidak menyerang sesuatu tempat jika kami tahu mungkin ada tebusan di dalam,” katanya sambil menambah kawasan berhampiran telah menjadi sasaran.

Reuters tidak dapat mengesahkan apa yang berlaku kepada ketiga-tiga mereka, yang merupakan antara 240 orang yang dijadikan tebusan oleh militan Hamas semasa serangan mengejut merentas sempadan ke selatan Israel pada 7 Oktober.


Kira-kira separuh daripada tebusan itu telah dibebaskan semasa gencatan senjata pada November.

Israel berkata 132 tebusan masih kekal ditahan di Gaza dan 25 telah mati dalam tahanan.

Pada 14 Januari, tiga warga Israel yang telah ditunjukkan dalam video Hamas menggesa pemerintah Israel supaya menghentikan serangan dan mengusahakan pembebasan mereka. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >