Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi larang semua jenis gas memasak di tapak suci dalam musim haji

Jun 26, 2022 | 05:30 AM



RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi telah melarang kemasukan dan penggunaan semua jenis dan saiz silinder gas memasak di kem jemaah haji dan pejabat agensi kerajaan yang terletak di Mina, Muzdalifah dan Arafah.



Direktorat Am Pertahanan Awam menyatakan, larangan itu akan berkuat kuasa mulai pagi hari pertama Zulhijah, yang jatuh Jumaat ini.



Memetik laporan berita Saudi Gazette pada Khamis lalu, keputusan larangan kemasukan dan penggunaan LPG (gas petroleum cecair) di tapak suci pada musim haji akan dikuatkuasakan menerusi penyelarasan dengan pihak keselamatan.



Pertahanan Awam Saudi memberi amaran semua barang terlarang, termasuk dapur gas dan silinder yang boleh digunakan untuk tujuan memasak, akan dirampas, sambil menegaskan bahawa prosedur undang-undang akan digunakan ke atas sesiapa yang didapati melanggar peraturan ditetapkan.



Pasukan penyeliaan pencegahan kebakaran dan keselamatan Pertahanan Awam akan menjalankan lawatan ke lapangan dan pemeriksaan menyeluruh ke semua pejabat agensi kerajaan dan pertubuhan komersial di tapak suci untuk memastikan LPG tidak digunakan di premis mereka di Mina, Muzdalifah dan Arafah ketika musim haji bagi memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah.



Keputusan mengharamkan gas memasak di tapak suci dibuat dalam rangka langkah pencegahan yang dikenakan oleh Pertahanan Awam untuk mengurangkan risiko kebakaran ketika persiapan kem jemaah haji, serta ketika tempoh jemaah tinggal di sana untuk menyempurnakan ibadah haji.



Sementara itu, pihak Pendakwa Raya Arab Saudi turut mengemukakan amaran keras terhadap pengedaran makanan yang memudaratkan kesihatan jemaah haji.



Menjual atau mengedar barangan makanan tercemar kepada jemaah haji adalah dilarang sama sekali, katanya, sambil mengingatkan pelaku berdepan hukuman.



Pelanggaran peraturan keselamatan makanan dianggap jenayah besar dan pelakunya akan ditahan, kata Pendakwa Raya.



Jika didapati bersalah, pelaku akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga SR10 juta ($3.7 juta).



Lesen pelaku akan dibatalkan dan akan dihalang daripada mengamalkan sebarang kerja dan aktiviti berkaitan makanan.



Selain itu, nama mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah akan disiarkan di media massa dengan kos ditanggung sendiri.



Pihak Pendakwa Raya menyatakan bahawa ia menjalankan siasatan terhadap dakwaan peraturan keselamatan makanan, menurut Artikel 36 undang-undang makanan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >