Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BIASISWA SOF - PETER LIM

269 pelajar-atlit terima biasiswa $771,000

Jun 02, 2018 | 05:30 AM



PERJALANANNYA untuk menjadi pemain bola sepak profesional mungkin masih jauh, namun Ilhan Fandi telah menerima 'gaji lumayan' beliau yang pertama semalam lapor The Straits Times.



Bapa Ilhan, legenda bola sepak Fandi Ahmad, mewakili anaknya untuk menerima Geran Pembangunan Khas itu di acara Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Biasiswa Peter Lim di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) College Central, petang semalam.



Anugerah tersebut bernilai $100,000 dan meliputi yuran latihan dan akademik Ilhan, yang berusia 15 tahun, di Kolej Queen Ethelburga (QE) di York, England selama dua tahun.



Sebahagian besar geran ad-hoc itu ditaja hartawan Singapura Peter Lim dan disokong oleh biasiswa SOF-Peter Lim.



Atlit yang mempunyai potensi untuk membangun, namun tidak mempunyai sokongan sistemik, boleh membuat permohonan.



Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Singapura, Encik Ng Ser Miang berkata:



"Beliau (Ilhan) menunjukkan keinginan yang tinggi dan potensi untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang, kami berharap bahawa beliau akan memanfaatkan peluang yang tersedia untuknya.



"Sikap pemurah Peter Lim telah memanfaatkan ramai atlit Singapura melalui sokongan yang diberikan untuk mencapai impian mereka dalam bidang sukan.



"Kami berharap lebih ramai syarikat dan dermawan akan melakukan perkara yang sama dan tampil untuk memainkan peranan untuk membentuk bakat sukan di Singapura."



Fandi memberitahu akhbar The Straits Times bahawa keluarganya menghargai biasiswa tersebut.



"Ini merupakan biasiswa atau tajaan yang paling besar pernah kita terima dalam usaha pembangunan anak-anak kami dalam bidang sukan, ia akan membantu kami membiayai pendidikan Ilhan dan kos latihan bagi tempoh dua tahun akan datang," kata Fandi.



Seramai 269 pelajar yang juga atlit dalam 30 sukan telah menerima biasiswa SOF-Peter Lim semalam yang berjumlah $771,000 secara keseluruhannya.



Penerima anugerah tersebut termasuk atlit muda yang akan bertanding dalam acara Sukan Asia dan Sukan Olimpik Belia.



Empat kategori disediakan - sekolah rendah ($1,000), menengah ($2,000), peringkat tinggi ($3,000) dan prestasi tinggi ($5,000).



Sejak pengagihan biasiswa tersebut dimulakan pada 2010, seramai 2,362 pelajar telah meraih manfaat daripadanya.



Untuk memastikan kelayakan menerima biasiswa tersebut, atlit hendaklah mengekalkan keputusan yang cemerlang dalam pertandingan sukan yang relevan.



Sebahagian besar daripada penerima datang daripada latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan dan telah menunjukkan kebolehan untuk cemerlang dalam sukan yang dipilih mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >