Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat pelbagai generasi usia.
Pelantun lagu ‘cover’ Lemak Manis yang tular di TikTok itu malahan kagum cinta pada muzik tradisional dalam kalangan generasi muda khususnya di Singapura terus mengalir walaupun zaman sudah pesat berubah dan memasuki alaf digital.