Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Tukang kayu dijel bantu sepupu tipu majikan kerana ‘terhutang budi’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tukang kayu dijel bantu sepupu tipu majikan kerana ‘terhutang budi’

May 03, 2024 | 03:48 PM



Seorang lelaki warga Malaysia berasa terhutang budi dan bersetuju membantu sepupunya menipu sebuah syarikat, menolongnya memalsukan 17 invois berjumlah lebih $145,000.

Goh Chen Ning, 34 tahun, mengaut sekitar $10,000 bagi perbuatannya itu.

Pada 3 Mei, Goh, yang datang ke Singapura lebih 10 tahun lalu untuk bekerja sebagai tukang kayu, mengaku bersalah bagi satu pertuduhan menipu dan dihukum penjara lima bulan.

Satu lagi pertuduhan sama diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Peguam bela Asoka Markandu berkata sepupu Goh, Teoh Chwin Tzen, yang dirujuk sebagai Jason di mahkamah, meminta Goh membantu di bengkelnya pada hujung minggu.

Encik Asoka berkata Goh bersetuju kerana dia ingin mendapatkan lebih banyak wang. Peguam itu tidak menjelaskan apakah bengkel itu ialah Kai Millwork, tempat Jason bekerja.

Tetapi dua sepupu itu kemudian berkomplot untuk menipu Kai Millwork, bersama rakan sekerja Jason, Chiang Lai Fah.

Encik Asoka berkata Goh bersetuju dengan rancangan itu kerana dia berasa terhutang budi kepada Jason atas peluang kerja yang diberikannya.

Hakim Daerah Prem Raj berkata Goh memainkan peranan penting dalam pakatan itu kerana tugasnya ialah memalsukan invois.

Mahkamah diberitahu bahawa Jason merangka rancangan menipu syarikatnya pada 2021. Dia akan memalsukan atau mengarahkan seseorang untuk memalsukan invois dengan mendakwa kerja itu dilakukan oleh pekerja bebas.

Jason ketika itu merupakan penyelia di syarikat tersebut. Dia bertanggungjawab mengambil pekerja bebas dan meluluskan invois untuk sebarang kerja yang mereka lakukan.

Jason kemudian menghantar invois kepada Chiang, seorang pengurus perakaunan di syarikat itu, yang akan menandatangani dan meluluskan pembayaran.

Pekerja bebas, iaitu Goh dalam kes ini, dibayar oleh Kai Millwork dan dia kemudian akan memindahkan wang itu kepada Jason atau Chiang.

Goh mengaut sekitar $10,000 selepas membantu memalsukan 10 invois berjumlah $111,220 antara Februari 2022 dengan Januari 2023.

Pihak pendakwaan berkata peranan Goh terbongkar hanya apabila Jason disiasat atas kesalahan berkaitan syarikat itu.

Goh telah membayar balik sepenuhnya kepada syarikat itu.

Pihak pendakwaan berkata Goh memalsukan tujuh lagi invois berjumlah $34,500 antara Februari 2021 dan Januari 2022.

Pada 15 Mac, Chiang, 37 tahun, dihukum penjara 10 bulan kerana terlibat dalam pakatan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >