Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lelaki dibebaskan dari tuduhan beri rasuah $20,000 kepada polis, diberi amaran keras

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dibebaskan dari tuduhan beri rasuah $20,000 kepada polis, diberi amaran keras

Apr 30, 2024 | 07:00 PM



Seorang lelaki yang dituduh atas dua kesalahan rasuah, termasuk memberi rasuah sebanyak $20,000 kepada seorang anggota polis, telah dibebaskan selepas kedua-dua tuduhan tersebut ditarik balik oleh pihak pendakwa.

Pihak pendakwa kemudian memutuskan untuk memberi Encik Wang Huate, 41 tahun, amaran keras sebelum dia dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada 9 April.

Ini bermakna warga Singapura itu tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan sama, lapor The Straits Times (ST).


Pejabat Peguam Negara (AGC) menyatakan pihak pendakwaan telah meminta agar satu amaran keras diberikan kepada Encik Wang, dan kemudian memohon supaya beliau dibebaskan, selepas meneliti fakta dan keadaan kes tersebut.

Encik Wang dituduh memberi rasuah sebanyak $20,000 kepada Poo Tze Chiang, 46 tahun, di tempat letak kereta di pusat beli-belah HillV2 di Hillview Rise pada atau sekitar 22 Februari 2020.

Beliau juga dituduh bersubahat dengan seorang lagi untuk memberi satu paket merah yang mengandungi wang $2,000 kepada Poo di Geylang Road pada September 2019.

Antara lain, wang tersebut dikatakan diberikan supaya Poo membantu dalam siasatan polis terhadap Encik Wang.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan butiran siasatan tersebut.

Poo, seorang inspektor balai, digantung kerja pada Disember 2020 sementara menunggu keputusan kesnya.

Bagi setiap tuduhan rasuah, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda sehingga $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >