Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pesalah degil dipenjara setahun dek lecurkan tangan tunang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesalah degil dipenjara setahun dek lecurkan tangan tunang

Apr 30, 2024 | 05:53 PM



Seorang pesalah berulang dijatuhi hukuman penjara setahun pada 30 April atas pelbagai kesalahan, termasuk menyerang tunangnya, hanya beberapa bulan selepas dibebaskan daripada penjara pada September 2022.

Mohd Heirizal Kamarzaman, 42 tahun, melecurkan lengan kanan mangsa, Cik Siti Zulaika A. Rahman, dengan alat pelurus rambut pada Jun 2023 semasa dia berada di bawah perintah disingkatkan pemenjaraan.

Dia seharusnya mengelakkan dirinya daripada melakukan sebarang kesalahan dari 10 September 2022 hingga 20 Mei 2024.

Pada Julai dan Ogos 2023, dia ikut serta mengambil rakaman video yang menyalahi undang-undang di Kompleks Polis Cantonment (PCC) – yang merupakan kawasan larangan.

Heirizal mengaku bersalah pada Mac 2024 atas dua tuduhan yang dihadapinya – membuat rakaman video di PCC dan melakukan serangan.

Pada 30 April, dia juga diperintahkan untuk menghabiskan tambahan 235 hari di penjara selepas melanggar perintah pelepasan bersyarat.

Cik Siti Zulaika, ketika itu berusia 33 tahun, yang mengabaikan pelbagai arahan papan tanda, telah merakam video di PCC.

Beliau telah dijatuhi hukuman penjara seminggu pada November 2023.

Heirizal pernah keluar masuk penjara kerana melakukan pelbagai jenayah, termasuk menyerang bapa saudaranya pada 2019.

Dalam prosiding awal, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sarah Siaw memberitahu mahkamah bahawa pasangan itu bertemu pada September 2022 dan Heirizal berpindah ke flat Cik Siti Zulaika selepas mereka jalin hubungan cinta.

Pasangan itu mula bergaduh beberapa bulan kemudian kerana Heirizal percaya Cik Siti Zulaika telah menggodam dan menyekat telefonnya.

Mahkamah diberitahu semasa beberapa pertengkaran, Heirizal telah menampar dan menendang Cik Siti Zulaika.

Cik Siti Zulaika sedang bersiap-siap untuk keluar rumah pada 19 Jun 2023 dan sedang memanaskan alat pelurus rambutnya apabila pertengkaran berlaku.

DPP Siaw berkata: “Semasa pertengkaran itu, Siti menarik rambut tertuduh. Tertuduh kemudian merampas alat pelurus rambut Siti yang dipanaskan dan mengapit lengan kanannya dengan alat itu... Siti segera menjerit dan menarik lengannya.”

Sepuluh hari kemudian, ibu bapa Cik Siti Zulaika membawanya ke PCC untuk membuat laporan polis dan kemudian beliau pergi ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Dokumen mahkamah tidak menyatakan apa yang berlaku seterusnya, tetapi pada 13 Julai 2023, Heirizal – yang ditemani Cik Siti Zulaika – pergi ke Divisyen Polis Central di PCC untuk perkara berkaitan ikat jamin.

Selepas proses ikat jamin pada kira- kira 10.20 pagi, Heirizal menghantar mesej teks kepada Cik Siti Zulaika, memberitahu dia akan keluar.

Cik Siti Zulaika kemudian menggunakan telefonnya untuk merakam video selama 17 saat yang menunjukkan Heirizal membuat isyarat lucah semasa dia melewati pintu kaca.

Klip itu dihantar ke Heirizal yang kemudian memuat naik pada akaun TikTok-nya, dan memadankan video itu dengan lagu bertajuk I’m A Gangsta.


DPP Siaw berkata video itu telah mendapat lebih 300 reaksi dan lebih 130 perkongsian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >