Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Lelaki dijel lebih 2 tahun serang artis M’sia di Expo

Apr 25, 2024 | 04:44 PM



Seorang lelaki yang menyerang seorang selebriti Malaysia dengan baton dalam sesi pertemuan dengan peminat di Singapore Expo pada Mac 2023, dijatuhi hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu pada 25 April.

Muhammad Nabil Rashid melakukan kesalahan itu kerana mengalami gangguan delusi atau khayalan bahawa mangsa – Encik Ahmad Kamal Ahmad Adli, 36 tahun, atau lebih dikenali sebagai Kamal Adli – telah mencabul saudara perempuannya.

Nabil, 34 tahun, warga Singapura, mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas orang lain pada 31 Januari, lapor akhbar The Straits Times.


Pada 12 Mac 2023, Encik Ahmad Kamal – yang pernah berlakon dalam filem seram Niyang Rapik, filem komedi aksi Abang Long Fadil dan beberapa rancangan televisyen – mengambil bahagian dalam sesi bertemu sapa selebriti di acara bazar di Singapore Expo.


Nabil, yang percaya pelakon itu telah mencabul saudaranya, memutuskan pergi ke acara itu dan menyerang pelakon berkenaan selepas dia melihat iklan kehadiran Encik Ahmad Kamal.

Berbekalkan baton yang boleh dipanjangkan, Nabil memakai topi dan pelitup muka sebelum pergi ke Singapore Expo.

Dia tiba di sana sejurus sebelum 9.20 malam dan memanggil Encik Ahmad Kamal apabila dia melihatnya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Cheah Wenjie memberitahu mahkamah: “(Pelakon) menyangka tertuduh mahu bergambar bersamanya, dan mendekati tertuduh.

“Tertuduh kemudian mengeluarkan baton dari poketnya, memanjangkannya dan memukul mangsa sekali di atas kepalanya, sekali di sebelah kiri mukanya dan sekali di lengannya.”

Orang ramai dan anggota keluarga pelakon itu mengejar Nabil dan menahannya. Dia diserahkan kepada polis yang tiba sejurus selepas itu.

Encik Ahmad Kamal mengalami luka di muka, salah satunya memerlukan empat jahitan.

Pada kira-kira 11 malam di Hospital Besar Changi (CGH), Encik Ahmad Kamal bersilang jalan dengan Nabil, dan Nabil meludahnya.

Nabil ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) berikutan serangan itu.

Dr Cheow Enquan, pakar psikiatri yang memeriksanya, berasa dia mengalami sakit jiwa – kemungkinan akibat gangguan delusi dan gangguan personaliti.

Namun, beliau menyatakan bahawa Nabil tidak berada dalam keadaan tidak siuman semasa serangan itu dan sedar bahawa tindakannya adalah salah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >