Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

CPIB terima kurang laporan rasuah pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CPIB terima kurang laporan rasuah pada 2023

Namun sebahagian besar laporan perlu disiasat, kebanyakan kes libat sektor swasta
Apr 30, 2024 | 04:15 PM



Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menerima kurang laporan pada 2023, berbanding tahun sebelumnya, tetapi sebahagian besar daripada laporan yang diterima itu perlu disiasat.

Kebanyakan kes melibatkan sektor swasta.

Siasatan sektor awam termasuk kes berprofil tinggi, seperti siasatan berterusan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, S. Iswaran, dan dakwaan berurusan dengan dua ahli perniagaan.

Iswaran didakwa di mahkamah atas beberapa tuduhan berkaitan rasuah.

Dalam satu kenyataan pada 30 April, agensi antirasuah itu berkata daripada 215 laporan berkaitan rasuah yang diterimanya pada 2023, ia menyiasat 81 kes atau 38 peratus daripadanya.

Ini lebih tinggi daripada purata 34 peratus yang disiasat, antara 2019 dengan 2022.

CPIB berkata laporan didaftarkan, untuk penyiasatan jika maklumat yang diterima boleh dilaksanakan, bergantung pada mutu maklumat berkaitan yang diberikan.

“Siasatan pertanyaan dan siasatan risikan oleh CPIB turut menemukan maklumat lanjut yang membolehkan lebih banyak laporan didaftarkan untuk siasatan,” kata biro itu mengenai bahagian yang lebih besar kes yang disiasat.

Daripada kes yang didaftarkan untuk siasatan, 86 peratus adalah daripada sektor swasta dan 14 peratus, atau 11 kes, adalah daripada sektor awam. Ia sama dengan angka pada 2022, kata CPIB.

Kes sektor awam termasuk membabitkan Iswaran, yang menghadapi 35 pertuduhan.

Bekas Anggota Parlimen GRC West Coast itu adalah orang pertama yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Ini menjadikannya satu kesalahan bagi penjawat awam untuk menerima hadiah daripada seseorang yang terlibat dengannya dalam kapasiti rasmi.

Dia dituduh menerima rasuah daripada jutawan Ong Beng Seng sebagai dorongan untuk memajukan kepentingan perniagaan taikun hotel dan hartanah itu, berhubung perjanjian antara penganjur perlumbaan Singapore GP dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Iswaran dikatakan turut mendapatkan barangan seperti basikal Brompton, kayu golf dan botol wiski daripada Encik Lum Kok Seng, pengarah urusan pengurusan hartanah, reka bentuk dalaman, dan syarikat pembinaan Lum Chang, antara November 2021 dengan November 2022.


Iswaran menyatakan bahawa dia akan mencabar tuduhan itu.

Pada 2023, CPIB turut menyiasat penyewaan dua banglo hitam-putih Ridout Road, yang disewakan kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Dalam kenyataannya, agensi itu berkata ia melancarkan siasatan selepas menerima arahan daripada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong pada 17 Mei 2023. Matlamat utama adalah untuk memastikan sama ada terdapat sebarang rasuah atau salah laku jenayah.

Biro itu menyatakan ia “mendapati tiada layanan keutamaan diberikan kepada menteri dan pasangan mereka, tiada pendedahan maklumat istimewa dalam proses penyewaan, dan tiada bukti untuk mencadangkan sebarang penyalahgunaan jawatan oleh menteri bagi kepentingan peribadi”.

Namun, biro itu mendapati kesilapan dalam kenyataan awam Penguasa Tanah Singapura (SLA), yang berkata Encik Shanmugam membayar sewa lebih tinggi daripada kadar yang disaran. Sewa bulanan yang dibayar sebenarnya sama.

Daripada semua laporan yang diterima pada 2023, 46 peratus dibuat tanpa nama.


Ia menyiasat 20 daripada 98 laporan tanpa nama, menilai meritnya berdasarkan maklumat yang diberikan.


Biro itu meneliti semua laporan rasuah, termasuk yang tidak dikenali.


Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes rasuah boleh menghubungi talian 1800-376-0000 atau membuat e-aduan di laman web biro.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >