Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lebih 500,000 kanak-kanak sertai gerakan ‘Start Small Dream Big’ sejak 2015

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 500,000 kanak-kanak sertai gerakan ‘Start Small Dream Big’ sejak 2015

May 03, 2024 | 04:15 PM



Lebih 500,000 kanak-kanak telah menyertai gerakan Permulaan Kecil, Impian Besar atau Start Small Dream Big (SSDB) sejak ia dilancarkan pada 2015, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Cik Sun Xueling.


Selain penglibatan kanak-kanak, beliau berkata pergerakan tersebut telah melibatkan lebih ramai ibu bapa yang turut menjadi sukarelawan dan melakukan kerja-kerja amal.

“Apabila kami memulakannya 10 tahun lalu, kami tidak menyedari bahawa ia akan berkembang menjadi satu gerakan yang begitu besar, dan kami sangat gembira kerana ia telah menjadi begitu.

“Kami berharap gerakan ini akan terus berkembang dan kami dapat bekerjasama dengan ibu bapa dalam proses ini agar ibu bapa akan memahami lebih baik tentang kerja prasekolah.

“Melalui interaksi yang lebih erat dan perkongsian yang kukuh antara prasekolah dan ibu bapa, ia boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak kita,” kata Cik Sun.

Beliau berkata demikian kepada media semasa menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-10 dan pelancaran rasmi gerakan SSDB di Gardens by the Bay pada 3 Mei yang dihadiri lebih 750 kanak-kanak, ibu bapa, pendidik dan rakan kongsi masyarakat.

Lebih 80,000 kanak-kanak prasekolah dari 1,200 prasekolah menyertai gerakan SSDB pada 2024 bagi menyokong Cabaran Presiden.

Ini adalah rekod tertinggi sehingga kini, dan peningkatan 10 kali ganda sejak penubuhannya pada 2015. Pada ketika itu, sekitar 8,000 kanak-kanak yang menyertai gerakan SSDB.

Gerakan SSDB telah dimulakan oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) untuk menggalak prasekolah mewujudkan platform untuk kanak-kanak menyumbang kembali kepada masyarakat.

Ia bertujuan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak, seperti kebaikan, belas kasihan dan rasa hormat, dan menggalak mereka memberi kembali kepada masyarakat, dengan kerjasama keluarga, pendidik dan rakan kongsi masyarakat.

Bertemakan Berbuat Baik Bersama: Meraikan 10 Tahun Permulaan Kecil Impian Besar, Ecda berkata gerakan SSDB adalah selaras dengan kempen Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang menetapkan 2024 sebagai Tahun Meraikan Sukarelawan.


“Adalah penting untuk memupuk budaya memberi dari kecil, terutamanya di samping kita mengukuhkan kompak sosial kita.

“Gerakan Start Small Dream Big menyediakan platform yang bermakna untuk kanak-kanak kecil mengenal erti memberi kembali, dan menyumbang secara aktif kepada masyarakat bersama keluarga dan prasekolah mereka.


“Saya gembira bagaimana gerakan ini telah memberi impak yang besar kepada perkembangan holistik anak-anak kita dan perkongsian antara ibu bapa dan prasekolah sejak 10 tahun lalu,” kata Cik Sun.

Encik Mohammad Noor Irzan Saad, 46 tahun, dan isterinya, Cik Azmeen Ameer Ali, 39 tahun, yang menyertai majlis tersebut bersama anak perempuan mereka yang berusia enam tahun berkata, gerakan SSDB telah membantu anak mereka lebih peka tentang keperluan masyarakat dan alam sekitar.

“Kami dapati bahawa selepas dia menyertai gerakan SSDB, dia mula lebih sedar tentang masyarakat dan dia mula terdorong untuk mengitar semula. Dia memberi lebih perhatian kepada sampah-sampah di sekitar kawasan kita.


“Jadi saya fikir sebagai ibu bapa, kita perlu menyokong. Sekarang kita lihat dia mempunyai minat dan dia lebih sedar tentang sesuatu, maka kita cuba sedaya mungkin untuk menyokongnya,” kata Encik Mohammad Noor.


Tahun demi tahun, semakin ramai rakan kongsi masyarakat telah menyertai gerakan SSDB untuk bekerjasama sektor prasekolah sambil mempromosi inisiatif pembangunan masyarakat masing-masing.

Pada 2024, sebanyak 31 rakan kongsi telah melibatkan diri dengan gerakan SSDB, termasuk tiga rakan kongsi baru iaitu Persatuan Ain, Muzium Kanak-Kanak Singapura dan Majlis Buku Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >